Berita Harian

Sifu genius

Teman seperjuang­an iktiraf M Nasir sebagai karyawan ubah landskap muzik tempatan

- LAPORAN KHAS LEGASI SENI SIFU MUZIK DATUK M NASIR Oleh Farihad Shalla Mahmud

Pengaruh komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M Nasir dalam perkembang­an muzik rock di Malaysia tidak disangkal cukup besar terutama pada era 1980-an hingga 1990-an.

Ketika irama rock melangit populariti­nya, boleh dikatakan 90 peratus lagu yang didendangk­an kumpulan rock pada era itu adalah hasil sentuhanny­a.

Lebih membanggak­an, kebanyakan lagu ciptaan M Nasir meledak di corong radio sehingga beliau menjadi rebutan banyak pihak. Bukan sahaja band, malah penyanyi solo terkenal era itu seperti Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad, Allahyarha­m Datuk Sharifah Aini dan Zaiton Sameon, mendapatka­n khidmatnya.

Pendek kata, apa saja produk menggunaka­n nama M Nasir yang hendak dijual, dianggap suatu ‘lesen besar’ untuk meraih populariti.

Bukan omong kosong, hakikat itu diakui bekas Pengarah Artis & Repertoire BMG Music, Datuk Aziz Bakar yang menyifatka­n M Nasir insan genius dalam penciptaan lagu. Ini kerana setiap sentuhan

insan seni kelahiran Singapura itu pasti menjadi emas.

Tarik perhatian pendengar

“Sebuah lagu hebat mempunyai kuasa menjadikan seseorang artis popular dan mampu menarik perhatian pendengar.

“Semua kelebihan itu ada dalam diri M Nasir. Beliau sudah mencipta lebih 2,000 lagu dan kebanyakan­nya hit. Setiap karya dihasilkan dari hati, semangat dan emosi.

“Disebabkan itulah, kebanyakan lagu M Nasir mudah ‘ditangkap’ dan menyentuh hati pendengar,” katanya kepada

Selain itu, tambah Aziz, kehadiran M Nasir berjaya mengubah landskap muzik tanah air. Ini kerana semua orang mahu menjadi sepertinya atau setidak-tidak, berkolabor­asi dengan beliau.

“M Nasir menyuntik elemen positif dalam industri apabila semua orang menjadikan dirinya contoh terbaik.

“Ini membuktika­n betapa pentingnya beliau dalam industri,” katanya pada program bual bicara Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Siri Dua bersama M Nasir di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Barisan panel lain yang turut diundang menjayakan forum bertemakan Search, Wings dan Rock N’ Roll itu adalah vokalis Wings, Datuk Awie dan pemain bass Search, Nasir Daud.

Tidak ketinggala­n, penulis lirik dan bekas pengurus Wings, Bob Lokman serta pengarah filem dan penulis lirik, Nasir Jani.

Program anjuran Sahabat M Nasir, Roman Abadi Sdn Bhd dan Magnus Works Production itu menyaksika­n lima panel terbabit mengupas dan membongkar kisah era kebangkita­n muzik rock berdasarka­n pengalaman mereka.

Cipta 17 lagu seminggu

Mengimbau detik mereka bekerja di studio, Nasir yang cukup dikenali dengan kehandalan bermain gitar bass untuk kumpulan Search berkata, M Nasir ada cara tersendiri dalam mencipta lagu.

“Cara M Nasir mencipta lagu bukanlah dengan bermain alat muzik seperti yang sering dilakukan komposer profesiona­l. Beliau lebih kepada mengalunka­n melodi secara lisan.

“Ada ketika, dia membiarkan kami ‘jamming’. Selepas itu, barulah dia masukkan melodi yang dirasakan sesuai.

“Memang kami tidak menggunaka­n apa-apa formula dalam mencipta lagu. Selalunya, kami datang ke studio tanpa sebarang persediaan.

“M Nasir akan tanya, lagu bagaimana yang kami mahu. Sama ada kami mahu lagu berentak perlahan, moderate atau rancak,” katanya.

Nasir berkata, mereka akan mencipta seberapa banyak lagu dalam satu sesi.

“Kami cipta seberapa banyak lagu dengan sebahagian daripadany­a dimuatkan dalam album. Bakinya akan kami simpan untuk album akan datang.

“Untuk album Langit dan Bumi, kami menyiapkan 17 lagu dalam tempoh seminggu. Search ketika itu masih baharu dan idea pun datang mencurah-curah,” katanya.

Dalam menghasilk­an sesebuah lagu, M Nasir sangat teliti dalam bekerja apabila mengambil masa masa yang agak lama untuk membereska­n semua tugasan.

Perkara ini turut diakui Aziz apabila memaklumka­n album Fenomena yang sepatutnya disiapkan dalam tempoh sebulan, melepasi masa yang ditetapkan.

Mengulas perkara sama, Awie berkongsi kisah lucu mengenai tempoh yang diambil M Nasir untuk mencipta lagu yang masih diingati hingga hari ini.

“Kejadian berlaku ketika salah satu lagu popular kami berjudul Sejati dicipta. Ia dirakamkan di sebuah studio di Sarawak.

“Apa yang melucukan, hanya melodi awal yang menyebut perkataan ‘sejati’ dirakamkan di Sarawak.

“Selebihnya dihasil dan dirakamkan di Kuala Lumpur,” katanya sambil disambut gelak ketawa penonton.

Awie berkata, dia tidak dapat melupakan pengalaman ‘didera’m Nasir yang menyuruhny­a menjerit di hadapan dinding rumahnya di Sungai Buloh, Selangor bagi memantapka­n suara.

“Masih ingat lagi peristiwa saya disuruh menjerit di hadapan dinding rumahnya sebagai kaedah belajar vokal.

“Apabila dikenang kejadian itu, rasa kelakar. Namun, daripada sudut lain, ia sebenarnya latihan yang bagus buat saya. Semua ini menjadi sejarah dan pengalaman saya dalam bidang seni sangat menarik,” katanya.

Lirik Isabella ditolak empat kali

Bukan mudah untuk bekerja dengan insan seni seperti M Nasir kerana piawaianny­a terhadap sesuatu perkara sangat tinggi.

Sehubungan itu, tidak hairanlah, lirik lagu Isabella hasil nukilan Bob Lokman ditolak empat kali sebelum dimuatkan dalam album kumpulan rock terunggul itu.

“Saya diminta M Nasir untuk menyiapkan lirik lagu Isabella dengan segera. Beliau hanya memberikan judul Isabella untuk lagu itu.

“Puas saya memikirkan konsep penceritaa­nnya sehinggala­h saya teringat kisah cinta tidak kesampaian dengan seorang wanita Inggeris, suatu ketika dulu. Kiranya, itu adalah cinta semusim kami.

“Setiap kali saya serah lirik kepadanya, ada saja yang tidak kena. M Nasir meminta saya merombak lirik hingga percubaan kali keempat, barulah berjaya. “Itupun dia cuma kata ‘bolehlah’ selepas membaca lirik yang diberi,” katanya.

Bob tidak menyangka lagu Isabella menjadi cukup ‘besar’ sehingga popular di rantau ini.

“Tak sangka kehebatan lagu itu membuatkan nama Search menjadi begitu besar. Pengaruh lagu itu cukup luas sehingga dirakamkan dalam pelbagai versi,” katanya.

Sepanjang berkarya, Bob menghasilk­an banyak lirik lagu popular lain antaranya Taman Rashidah Utama, Memburu Rindu, Pusara Di

Lebuhraya, Falsafah Cinta dan Pada Syura Di Wajahmu.

 ??  ?? HIP.
HIP.
 ??  ??
 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH ] ?? Awie, Nasir, M Nasir, Aziz Bakar, Bob Lokman dan Nasir Jani ketika program bual bicara Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Siri 2, baru-baru ini.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH ] Awie, Nasir, M Nasir, Aziz Bakar, Bob Lokman dan Nasir Jani ketika program bual bicara Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Siri 2, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia