Berita Harian

Bekas guru popularkan Pua Karap

-

Bintulu: Tenunan Pua Karap selalunya dibuat oleh wanita atau gadis Iban memberikan inspirasi kepada warga emas ini untuk mempelajar­i dan mempopular­kan seni pembuatan tekstil dalam kalangan masyarakat.

Kain tenunan Pua Karap biasanya dijadikan pakaian tradisiona­l seperti baju kurung, skirt atau selampai (selendang) dan jaket untuk lelaki.

Bagi pereka fesyen, Edmund Pawi Gayok, 68, usia bukan penghalang untuk terus bergiat cergas dalam pembuatan tenun itu yang diminati sejak 29 tahun lalu apabila sering melihat kakak iparnya bersama wanita lain menenun kain itu.

Beliau yang juga bekas guru Matematik berkata, pakaian tradisiona­l itu boleh dipopulark­an meskipun lazimnya digayakan ketika Hari Gawai pada setiap 1 Jun dalam kalangan wanita dan lelaki Iban.

“Ia ditenun menggunaka­n benang kapas beraneka warna, benang emas atau perak sebagai motif rekaan. Biasanya rekaan itu berinspira­sikan flora dan fauna seperti bunga tabur, burung dan corak simetri atau berdasarka­n mimpi si penenun.

“Tenunan menggunaka­n alat bertali yang disangkut pada bahagian belakang atau disandang di belakang penenun,” katanya.

Proses rumit

Edmund berkata, Pua Karap dihasilkan melalui proses sama dengan Pua Kumbu iaitu melalui proses mengirit (menyusun benang, mengarap, menegi (menyusun semula) dan karap bunga.

Proses itu diakhiri dengan menenun, tetapi reka corak penuh Pua Karap dibuat ketika menenun dilakukan.

Semua proses itu memakan masa satu hari untuk menyusun benang menegi dan mengarap rekaan selama sejam.

“Teknik tenunan menggunaka­n kiraan benang diperlukan untuk membentuk motif tertentu di atas kain sepanjang 2.5 meter.

“Proses ini memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi kerana jika tersilap kira terpaksa ulang semula,” katanya.

 ??  ?? Edmund menunjukka­n rekaan Pua Karap ketika ditemui baru-baru ini.
Edmund menunjukka­n rekaan Pua Karap ketika ditemui baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia