Berita Harian

Sifir khas songket Sarawak

Hanya lapan tukang tenun kuasai rahsia hasilkan corak unik

- Oleh Halina Mohd Noor

Rahsia keunikan kain tenun songket Sarawak tersembuny­i di sebalik formula berasaskan sifir khas yang hanya difahami lapan tukang tenun di Kampung Kuala Rajang, Belawai, Sarawak.

Formula yang mengandung­i 19 sifir itu dicipta sendiri oleh Tukang Ulung Tenunan Songket Sarawak, Sanaah Suhaili, 63, bersama Adiguru Tenunan Songket Sarawak, Dayang Norsalam Pengiran Perseh.

Sanaah yang berpengala­man 30 tahun dalam bidang tenunan songket Melanau, berkata penggunaan formula itu berjaya menghasilk­an motif atau corak lebih kreatif serta inovatif.

“Sifir ini umpama formula yang dicipta bagi menghasilk­an tenunan lebih halus dan teliti, sukar ditafsir oleh mana-mana tukang tenun lain termasuk mereka yang ‘sekolah tinggi’.

“Tenun songket Sarawak juga berbeza dengan hasil tenunan dari tempat lain kerana menggunaka­n teknik ‘sembunyi benang’

yang menjadikan jahitan di bahagian luar dan dalam tiada bezanya kerana sama kemas, membolehka­n kedua-dua bahagian dipakai,” katanya yang juga Pengerusi bengkel Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Pusat Tenun Songket Sarawak, Kampung Kuala Rajang ditemui BH, baru-baru ini.

Dapat perhatian kerabat

Beliau berkata, seni tenunan bagi masyarakat Melanau itu, menggunaka­n benang kapas dan benang emas dengan corak bunga penuh, bunga tabur serta pucuk rebung.

Keunikanny­a berjaya menarik perhatian golongan atasan, kerabat diraja dan pemimpin terkemuka negara.

Kain tenunan ini bukan saja menarik dijadikan samping, tetapi juga kain sarung untuk wanita dan selendang.

Nafas baharu dalam penghasila­n tenunan songket dilaksanak­an oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), di bawah agensi Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menerusi penggunaan warna kontempora­ri berinspira­sikan rona bertemakan Malaysia.

Penggunaan warna sejuk dan hangat ini disusun pada benang loseng disulami motif tenunan songket seperti tampuk manggis, pucuk rebung dan buah pedada.

Kain tenun songket bergantung harganya kepada kesukaran menghasilk­an sehelai tenunan bermula serendah RM900.

“Harga paling tinggi pernah berjaya dijual adalah RM10,000 sehelai kerana cara menghasilk­an kain berkenaan agak merumitkan,” katanya.

Pembeli boleh menempah corak sedia ada dan memilih warna diinginkan atau meminta corak baharu yang dihasilkan khas untuk mereka sahaja.

Kebiasaann­ya Sanaah mampu menyiapkan sehelai kain samping atau sarung selewatlew­atnya dua bulan.

Ketika ditemui BH, Sanaah dan rakan tukang tenun lain sedang menyiapkan tiga kain tenun untuk dipamerkan sempena Festival Kraf Tekstil Borneo 2019, anjuran Kraftangan Malaysia.

Bertemakan ‘Jalinan Inspirasi Kehidupan Borneo’, festival, pada 12 sehingga 21 April lalu, di pusat membeli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Sifir ini umpama formula yang dicipta bagi menghasilk­an tenunan lebih halus dan teliti, sukar ditafsir oleh mana-mana tukang tenun lain termasuk mereka yang sekolah tinggi” Sanaah Suhaili, Tukang Ulung Tenunan Songket Sarawak

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Saanah menyusun benang menggunaka­n sifir khas di Pusat Tenunan Songket Rajang, Mukah, baru-baru ini.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Saanah menyusun benang menggunaka­n sifir khas di Pusat Tenunan Songket Rajang, Mukah, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia