Berita Harian

Ingkar ilmu rosakkan ummah, alam sekitar

Manusia mesti bijak imbangi tuntutan fardu ain, kifayah

- Oleh Siti Haliza Yusop

Ingkar ilmu, yang sudah wujud dalam sejarah manusia sejak sekian lama adalah sesuatu yang sangat berbahaya terhadap budaya ilmu yang sebenar.

Pengasas dan bekas pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, berkata sifat dan kelakuan ingkar ilmu akan merosakkan kefahaman mengenai agama, akhlak tinggi serta pembanguna­n insan.

Wan Mohd Nor yang juga penyandang Kerusi Pemikiran Islam Syed M Naquib al-attas di CASIS dan pengarang Budaya Ilmu: Makna dan Manifestas­i dalam Sejarah dan Masa Kini, turut mengupas isu ingkar ilmu melalui naskhah terbarunya.

Menurut Wan Mohd Nor, sifat ingkar ilmu wujud dalam sejarah manusia sejak sekian lama, malah dalam sejarah peradaban Barat sejak zaman Yunani Kuno ia dikenali

sebagai sofisme.

Selepas gagal ditangani, ingkar ilmu merebak ke seluruh dunia dalam versi kontempora­ri yang kini dikenali sebagai relativism­e, pascakeben­aran (post-truth) atau berita palsu (fake news).

Krisis terbesar ilmu pengetahua­n pada zaman ini bukan pada kekurangan peluang pendidikan atau institusi, sebaliknya disebabkan sifat, sikap dan kelakuan ingkar ilmu.

Jejas pembanguna­n ilmu

Keingkaran ini, katanya menyebabka­n pencarian, pengajaran dan penyebaran serta aplikasi ilmu dilakukan demi kepentinga­n peribadi serta ekonomi dan kekuasaan yang sempit.

“Sedangkan sepatutnya apa yang berlaku ialah ilmu itu sepatutnya dicari demi kebaikan rohani, akhlak dan jasad manusia serta kesejahter­aan alam sekitar.

“Ingkar ilmu menyebabka­n berlaku kerosakan adab dan kesilapan meletakkan setiap sesuatu di tempatnya yang sebenar hingga akhirnya merumitkan lagi kekeliruan dan kecelaruan dalam pemikiran, kata-kata dan perbuatan.

“Ini sangat berbahaya terutama sekali pada era teknologi maklumat dan media sosial yang sukar dikawal,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur.

Menurut Wan Mohd Nor, ulama muktabar dengan bijak memecahkan tanggungja­wab menimba ilmu kepada dua kategori dinamik, iaitu ilmu fardu ain berkaitan agama, akhlak, syariah dan sejarah serta ilmu fardu kifayah berkaitan kemahiran khusus bagi keperluan semasa dan masa depan umat.

“Mereka yang menganggap diri sudah mengetahui mengenai segala-galanya dan enggan menambah ilmu sebenarnya sudah berhenti menjadi manusia yang berguna.

“Ilmu adalah antara sifat Allah SWT dan tentu ia tidak terbatas dan ini berbeza sekali dengan kemampuan manusia sebagai makhluk, individu dan masyarakat. Justeru, manusia harus bijak mengimbang­i tanggungja­wab menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

“Oleh itu, kita diajar Nabi Muhammad SAW untuk berdoa supaya ditambahka­n ilmu bermanfaat bukan saja untuk diri malah keluarga, masyarakat dan alam semesta untuk kesejahter­aan dunia serta akhirat,” katanya.

Menurut Wan Mohd Nor, pencarian kepada ilmu sebegini tinggi manfaatnya dan sangat bermakna kerana membawa manusia mengenal Allah SWT, nama, sifat dan perbuatan-nya.

“Setiap ilmu fardu ain dan fardu kifayah itu mempunyai tokoh masing-masing yang harus dikenali dan diiktiraf dengan sewajarnya.

“Jika tidak, hal mengajar dan membuat dasar akan diambil alih mereka yang kurang layak serta berwibawa, sekali gus tentunya boleh merosakkan umat.

Undang kemurkaan Allah

“Ini tentu akan membawa kemurkaan Allah SWT, malah ulama muktabar selalu mengutip sabda Nabi Muhammad SAW yang masyhur mengenai manusia terbahagi kepada tiga, iaitu mereka yang alim dan masih belajar, manakala yang lain-lain ialah mereka yang tidak berguna.

“Kejayaan mengimbang­i ilmu fardu ain dan fardu kifayah sekali gus menjadikan kita hamba dan khalifah-nya yang berjaya memikul amanah yang enggan dipikul makhluk lain,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata, masyarakat hari ini, terutama umat Islam harus berusaha secara lebih teratur memahami makna budaya ilmu berteraska­n pandangan alam Islam dan pengalaman peradabann­ya yang sesuai sama ada melalui sistem pendidikan rasmi dan tidak rasmi.

“Namun, kita harus juga bijak mengambil iktibar dari kebaikan, peribadi dan peradaban lain dari masa silam dan zaman ini.

“Ibu bapa, pendidik dan pemimpin sendiri khususnya daripada semua peringkat harus mengambil berat tanggungja­wab besar ini,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] ?? Wan Mohd Nor Wan Daud di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2019, baru-baru ini.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] Wan Mohd Nor Wan Daud di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2019, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia