Berita Harian

Pochettino risau pemain Spurs hilang semangat

-

London: Mauricio Pochettino bimbang kekalahan Tottenham 0-1 di tangan West Ham bukan sahaja meninggalk­an kesan kepada harapan untuk berada dalam kelompok empat terbaik tetapi juga semangat pasukan menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara menentang Ajax, Rabu ini.

Michail Antonio menjaringk­an gol buat West Ham - jaringan sulung yang membolosi gawang Spurs di stadium baharu mereka itu - dan pertama dalam lima perlawanan yang menyaksika­n pasukan kendalian Pochettino meraih keputusan berbeza, kelmarin.

“Saya kecewa kerana ia bukan keputusan yang kami inginkan,” kata Pochettino.“kami mahukan tiga mata untuk berada dalam situasi bagus dan menyertai aksi Liga Juara-juara dengan motivasi terbaik.

“Namun, perasaan semua orang berubah dengan pantas. Selepas melakar kemenangan di sini ke atas Brighton Selasa lalu, semua orang mempunyai perasaan yang baik - merasakan kami meraih musim yang menakjubka­n dan kami akan berada dalam situasi terbaik kami.

Cedera pangkal paha

“Namun selepas tewas hari ini (kelmarin), ia seperti kami berada dalam keadaan sebaliknya.”

Pochettino berkata, Harry Winks tidak akan disenaraik­an untuk aksi separuh akhir pertama itu kerana kecederaan pangkal paha selain perlu mengawasi Moussa Sissoko yang turut menghadapi masalah sama.

Pengurus itu turut berkata, Jan Vertonghen yang direhatkan ketika menentang West Ham kini semakin cergas.

Spurs tampak letih dan kurang bersemanga­t ketika babak kedua yang menyaksika­n West Ham menggunaka­n sepenuhnya peluang itu untuk melakar kemenangan namun Pochettino menegaskan pertembung­an dengan Ajax bukan faktor penyebab kepada kekalahan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia