Berita Harian

Hajat besar penyerang Brighton

Jaami sedia sarung jersi Harimau Malaya

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur

Scampuran Arab dan Wales itu berasal dari Manjoi, Perak dan situasi ini sudah cukup untuk melayakkan pemain berusia 14 tahun itu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sebagai pemain berdarah campuran.

Ketika dihubungi BH Sukan, Jaami dilihat tidak menutup pintu untuk mewakili negara kelahiran ibunya sekali gus tidak menolak kemungkina­n untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Terima biasiswa

“Saya pernah dipanggil mewakili skuad bawah 15 tahun (B15) England namun bagi saya, segala-galanya tidak mustahil (mewakili Malaysia). Apapun, saya akan putuskan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya gembira sekiranya diberi peluang beraksi di Malaysia. Ini kerana saya melihat Malaysia memiliki banyak pemain berbakat yang boleh beraksi dengan baik di Eropah,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada Julai atau Ogos depan.

Potensi besarnya dalam bola sepak menyaksika­n media tempatan, Mirror menyenarai­kan pemain itu sebagai antara prospek yang mungkin mewakili skuad kebangsaan England pada masa depan.

Sebagai rekod, anak bongsu daripada lima beradik itu memulakan karier di akademi Brentford seawal enam tahun sebelum beraksi bersama akademi Chelsea tiga tahun dan kemudianny­a Fulham dan Brighton mengintai khidmatnya sebelum dia menandatan­gani kontrak selama dua tahun bersama Brighton bermula usia 12 hingga 14 tahun.

Potensi yang dimilikiny­a menyaksika­n Brighton menyambung kontraknya selama empat tahun dan memberikan biasiswa termasukla­h kontrak profesiona­l selama dua tahun bersama skuad utama bergantung pada prestasiny­a ketika berusia 17 tahun.

Selain cemerlang dalam bola sepak, Jaami turut bermain ragbi dan bergelar atlet kebangsaan bagi acara pecut 100 meter (m) dan 200m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia