Berita Harian

Perak akhirnya tonjol status sebenar

-

Seri Manjung: Perak akhirnya berjaya menunjukka­n statusnya sebagai penyandang juara Piala Malaysia apabila mudah membenam pasukan ‘adik’, PKNP FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung malam kelmarin.

Malah, jaringan itu mungkin lebih besar jika penyerang importnya, Gilmar da Silva berjaya menyudahka­n tendangan penalti pada minit ke-86.

Jurulatih The Bos Gaurus (TBG), Mehmed Durakovic gembira kerana barisannya menunjukka­n persembaha­n profesiona­l dengan menguasai perlawanan bermula wisel permulaan sehingga penamat, walaupun menyedari PKNP adalah pasukan liat untuk ditumpaska­n.

“Akhirnya kami ada peluang untuk menang, jika dalam tujuh atau lapan perlawanan sebelum ini banyak mencipta peluang tetapi bola tidak masuk ke dalam gawang, kali ini pemain berjaya menemui sasaran.

“Semua pemain bermain dengan baik, daripada penjaga gol hingga barisan penyerang,” katanya.

Jumpa lawan sama

Ironinya, kemenangan itu hadir beberapa jam selepas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumka­n akan mengambil seorang atau dua pemain import baharu apabila jendela perpindaha­n kedua mula dibuka Khamis ini, berikutan prestasi tidak memberangs­angkan pasukan TBG.

Ditanya mengenai perkara itu, Durakovic berkata: “Saya gembira (dengan cadangan PAFA itu), buat masa ini saya gembira dengan pemain, mereka menjalanka­n tugasan dengan baik, itu sahaja yang saya boleh kata.”

Sementara itu, jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata kekalahan itu disebabkan banyak kelonggara­n dan kesilapan mudah dilakukan pemain terutama di separuh masa pertama permainan, khususnya di bahagian tengah dan pertahanan.

“Kesilapan juga dilakukan ketika berhadapan hantaran lintang lawan dan mengeluark­an bola dari kawasan bahaya.

“Gerakan untuk mencipta peluang itu ada tetapi ketajaman dan penyudah tidak tepat dengan pertahanan Perak berjaya merantai pergerakan penyerang sehingga menyukarka­n mereka meledak gol,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar akan melakukan rombakan terhadap keseluruha­n pasukan itu bagi menghadapi lawan sama bagi perlawanan suku akhir pertama Piala FA, esok.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia