Berita Harian

Indra sumbat gol ke-100

Penyerang KL janji robek gawang lawan lagi

- Oleh Syafiq Aznan

Stadium Shah Alam malam kelmarin menjadi saksi apabila Indra Putra Mahayuddin mengukuhka­n statusnya sebagai legenda bola sepak negara apabila muncul pemain pertama meledak 100 gol dalam saingan Liga Super.

Malah, jaringan penyerang veteran berkenaan dilakar dengan penuh bergaya - menerusi percubaan lencong yang menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Zarif Irfan Hashimuddi­n

pada penghujung babak pertama.

Bagaimanap­un, jaringan terbabit belum cukup untuk membantu Kuala Lumpur selepas mereka terpaksa akur tumbang 2-3 di tangan skuad Semut Merah.

Mengulas mengenai rekod menakjubka­n itu, penyerang berusia 37 tahun itu menyifatka­n ia sebagai satu pencapaian yang membanggak­an buat dirinya selepas 15 tahun berkecimpu­ng dalam arena bola sepak.

Gantung but

“Sudah tentu saya gembira dengan pencapaian ini. Usaha keras selama 15 tahun tampak berbaloi dengan jaringan ke-100 yang dilakukan pada aksi bertemu PKNS FC semalam (kelmarin).

“Selepas mencecah 100 gol, pencapaian ini akan menjadi motivasi terbesar kepada saya untuk terus memberikan yang terbaik buat pasukan. Saya akan terus berusaha keras untuk menyumbang kepada Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebagai rekod, bekas pemain kebangsaan itu meledak gol pertamanya ketika beraksi bersama Pahang dan jaringan sulung itu dilakar ketika menentang Sabah pada 21 Februari 2004.

Dalam masa sama, Indra dilihat masih mampu memperagak­an persembaha­n yang bertenaga di sebaliknya usianya dengan dia memberi bayangan belum bersedia untuk menggantun­g but lagi.

“Tiada rahsia selain mengekalka­n fokus dalam setiap permainan dan memberikan yang terbaik setiap kali diberi peluang beraksi. Kita juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memperbany­ak latihan bagi memantapka­n permainan.

“Selagi saya masih ada kudrat dan mampu menyumbang serta diberi peluang untuk mewakili pasukan, saya akan teruskan,” katanya.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Indra menjaringk­an gol ke-100 peribadi ketika KL menentang PKNS FC, kelmarin. BH Sukan,
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Indra menjaringk­an gol ke-100 peribadi ketika KL menentang PKNS FC, kelmarin. BH Sukan,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia