Berita Harian

Dali mahu Bibi letak jawatan

-

Kuala Lumpur: Legenda Kelantan, Dali Omar menganggap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memerlukan nafas baharu untuk memperbaik­i ‘kerosakan’ dalam bola sepak negeri itu yang semakin parah.

Justeru, dia berpendapa­t Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan wajar melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada individu lain yang mampu membawa perubahan terhadap skuad The Red Warriors (TRW).

Bagaimanap­un, katanya, individu yang akan menggantik­an Bibi mestilah mereka yang mempunyai pengalaman dalam bola sepak dan mampu meletakkan kewangan KAFA pada tahap terbaik.

“Kalau sudah tidak mampu, berilah peluang kepada orang lain jaga (uruskan KAFA). Jangan susahkan peminat, kerana kita lihat sekarang jauh sangat perjalanan Kelantan untuk bangkit semula dan tak tahu berapa tahun lagi boleh naik ke Liga Super.

“Jika tidak dibetulkan (pengurusan) dari awal, bola sepak Kelantan akan lagi teruk. Tapi kita kena ada orang yang benarbenar layak (ganti Bibi), yang ada duit kerana tanggungja­wab uruskan bola sepak sangat besar.

Jurulatih dibuang

“Kalau tak mampu nak kukuhkan kewangan jangan masuk (uruskan KAFA), jika hanya nak harapkan orang luar bantu, lebih baik tak payah ( jadi Presiden KAFA),” katanya.

Kelmarin, BH Sukan melaporkan Bibi meminta manamana individu yang berminat untuk menerajui KAFA boleh datang berjumpany­a dan tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Dia berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan penyokong yang meminta kerusi nombor satu badan induk itu dilepaskan­nya serta-merta.

Selain itu, Dali mengakui sedih dengan keadaan bola sepak Kelantan ketika ini, sedangkan skuad TRW mempunyai ramai pemain muda yang berpotensi besar.

“Ramai pemain berpotensi dan kita sepatutnya kena jaga elok-elok, tapi pelbagai masalah yang timbul terutama membabitka­n isu tunggakan gaji.

“Malah, saya tak pernah tengok lagi hingga dua atau tiga jurulatih dibuang dalam satu tahun, perkara seperti itu tak sepatutnya berlaku,” katanya.

 ??  ?? Bibi Ramjani Ilias Khan
Bibi Ramjani Ilias Khan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia