Berita Harian

Lelaki maut, tunang cedera rempuh penghadang jalan

Usaha cari Zahir diperluas ke seluruh daerah Kajang, kawasan berhampira­n

- Oleh Safeek Affendy Razali

Ahli keluarga, rakan sekolah dan penduduk sekitar kawasan kediaman Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak berusia lapan tahun yang hilang dari kediamanny­a di Bandar Seri Putra, Bangi, pada 15 April lalu, antara individu yang sudah dirakamkan keterangan mereka oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata gerakan mencari murid Tahun Dua yang lebih dikenali sebagai Zahir itu juga, kini diperluask­an ke seluruh daerah Kajang, selain kawasan berhampira­n.

“Pencarian diperluask­an selepas operasi mencari dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum ini gagal mengesan kanak-kanak berkenaan. Setakat ini juga, polis belum menemui petunjuk positif berhubung lokasi Zahir.

“Gerakan mencari kanak-kanak ini tidak pernah dihentikan dan giat dijalankan, malah setakat ini lebih 30 saksi sudah dirakam keterangan bagi mengesan jejaknya,” katanya ketika ditemui pada Program Superheroe­s Challenge sempena Hari Polis ke-212, anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Semenyih, semalam.

Siasat semua aspek

Ahmad Dzaffir berkata, siasatan dilakukan merangkumi semua aspek, termasuk unsur jenayah bagi merungkai misteri kehilangan kanak-kanak itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak ini diminta menghubung­i penyiasat kes, Sarjan Farah Nadia Mohd Hashim di talian 0123600232 atau berhubung dengan balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

Muhammad Zahiruddin dilaporkan keluar dari rumahnya di sebuah flet di Bandar Seri Putra sekitar jam 8 pagi untuk bermain bersama rakannya.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari ibunya, Sainih Sunding, 46, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam.

Bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Bangi, awal pagi 16 April lalu sebelum disebarkan melalui Nur Alert.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia