Berita Harian

Malaysia terus jadi pilihan pelabur AS

Persekitar­an menarik, mesra perniagaan tarik firma Amerika perluas operasi

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Dewan Perdaganga­n Amerika di Malaysia (Amcham) menjangkak­an lebih banyak syarikat Amerika Syarikat (AS) akan melabur di Malaysia berikutan komitmen ON Semiconduc­tor untuk membelanja­kan RM1 bilion bagi mengembang­kan kilangnya di Negeri Sembilan.

Presidenny­a, Ramzi Toubassy, berkata berdasarka­n maklum balas yang diterima daripada ahli Amcham, syarikat AS menyifatka­n Malaysia sebagai lokasi yang amat baik untuk perniagaan dan akan terus menjadi negara penting bagi mereka untuk melabur.

Beliau berkata, ini dibuktikan apabila syarikat AS yang sudah berpangkal­an di Malaysia juga turut mengesahka­n komitmen mereka dengan rancangan pelaburan besar di negara ini.

“Sebagai contoh dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), ON Semiconduc­tor memuktamad­kan rancangan bagi pengembang­an operasinya di Negeri Sembilan yang membabitka­n pelaburan sebanyak RM1 bilion.

“Dengan jumlah pelaburan sebesar itu, ia dijangka mencipta sebanyak 2,400 pekerjaan baharu bagi penduduk di negara ini,” katanya dalam satu temu bual dengan Bisnes

NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir pada sesi berkenaan ialah Pengarah Eksekutif Amcham, Siobhan M Das.

Amcham adalah organisasi bebas dan tidak berasaskan keuntungan yang sudah bertapak di negara ini selama 41 tahun. Ia mewakili lebih 270 syarikat yang kebanyakan­nya terdiri daripada syarikat multinasio­nal AS yang aktif beroperasi di negara ini.

Suara Perniagaan AS di Malaysia

Dewan perniagaan itu juga berfungsi sebagai ‘Suara Perniagaan AS di Malaysia’ dan membantu ahlinya dengan menyediaka­n input yang diperoleh secara kolektif kepada kerajaan Malaysia berhubung hal berkaitan polisi dan dasar. Pada masa ini, dianggarka­n sekitar 600 syarikat AS sedang melabur di dalam negara.

Ahli Amcham terdiri daripada syarikat dalam pelbagai industri termasukla­h E&E; minyak dan gas (O&G); perkhidmat­an kewangan dan perundinga­n.

Toubassy yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ammetlife Insurance Bhd, berkata Malaysia terus menjadi antara destinasi pelaburan pilihan syarikat dari AS walaupun berhadapan dengan persaingan yang semakin meningkat dari negara lain seperti Indonesia dan Vietnam kerana mereka menyifatka­n Malaysia sebagai lokasi yang amat baik untuk perniagaan.

“Tidak banyak negara yang boleh menyediaka­n keistimewa­an seperti yang ada di negara ini termasukla­h cuaca yang baik (tidak dilanda bencana alam); penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding Singapura dan Hong Kong.

“Selain itu, Malaysia juga mempunyai ruang yang besar berbanding Singapura dan Hong Kong dan terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah antarabang­sa. Ini menjadikan kehidupan di negara ini bukan sahaja lebih mudah untuk golongan expatriat tetapi juga keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, Metlife Insurance mempunyai pelaburan berjumlah hampir AS$1 bilion di Malaysia, kirakira AS$500 juta dalam bon kerajaan dan entiti berkaitan kerajaan.

“Kami juga membina pusat kecemerlan­gan baharu untuk kewangan di Kuala Lumpur yang akan menggaji lebih 80 orang. Kami juga ingin memindahka­n 60 pekerjaan aktuari dan perakaunan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Toubassy turut memberikan beberapa contoh syarikat AS lain yang membuat tambahan pelaburan besar di negara ini bagi membuktika­n senario berkenaan. Antaranya, termasukla­h jenama air berkarbona­t terkemuka dunia, Coca-cola.

“Pada 2017, Coca-cola membuat pelaburan tambahan berjumlah RM500 juta bagi pengembang­an saiz dan kapasiti pengeluara­n kilangnya di Bandar Enstek, Sepang.

Saingi Singapura, Hong Kong

“Sejak 2010, Coca-cola telah melabur sebanyak RM1 bilion untuk operasinya di negara ini. Pelaburan tambahan yang dibuat itu diperuntuk­kan bagi kemudahan gudang terautomas­i yang canggih, latihan teknikal bagi pengendali gudang untuk memantau, mengawal dan mengoptimu­mkan pengeluara­n perisian logistik baharu serta penambahan pengeluara­n produk minuman tiada gula dan rendah gula,” katanya.

Bagaimanap­un, Toubassy berkata, sekalipun Malaysia adalah negara yang lebih baik untuk pelaburan, Singapura dan Hong Kong lebih ke hadapan dalam memenangi hati pelabur biarpun mempunyai populasi yang begitu padat.

“Sebab utamanya adalah kerana kedua-dua negara dan bandar itu mempunyai tahap ketelusan yang tinggi, tiada unsur rasuah dan mesra perniaagan.

“Jika Malaysia dapat mengatasi semua halangan berkenaan, yang mana Amcham percaya kerajaan pada masa ini sedang bekerja keras untuk memulihkan­nya, saya pasti Singapura dan Hong Kong tidak mampu bersaing dengan potensi yang ditawarkan negara ini.

“Justeru, kerajaan mempunyai kerja yang harus dilakukann­ya, mereka perlu mengekalka­n pembaharua­n dan menambah baik apa yang ada pada masa ini,” katanya.

 ??  ?? Toubassy (kanan) dan Siobhan pada temu bual dengan Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Toubassy (kanan) dan Siobhan pada temu bual dengan Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia