Berita Harian

Jasper berkorban

Risau ibu dan ayah di kampung, bakat baharu nekad buru impian jadi artis berjaya

- Oleh Zaidi Mohamad

Menjadi pelakon bukan Melayu dan berdepan saingan nama besar bukan sesuatu yang mudah buat bakat baharu, Jasper Supayah.

Sejak tiga tahun lalu, Jasper tidak pernah berputus asa berusaha meletakkan bakatnya sebaris nama popular lain. Biarpun terpaksa bertatih dari bawah, semangatny­a sentiasa berkobar meneruskan perjuangan bintang bukan Melayu yang gah membina nama, sedikit masa lalu.

Kejayaan Carmen Soo, Sangeeta Krishnasam­y, Jasmine Suraya, Alvin Tan dan Elizabeth Tan menembusi pasaran Melayu menyemarak­kan lagi keinginan pelakon asal Johor Bahru ini untuk mencipta nama.

Bermula di pentas Akademi Fantasia (AF) 2016, gadis kacukan CinaIndia ini terus mara memburu impian, meskipun akur terpaksa menempuh laluan berliku.

Jasper yang genap 26 tahun pada 16 April lalu berkata, cabaran yang menanti di hadapan tidak membuatnya gentar untuk meneruskan perjuangan.

“Tidak mudah untuk menempatka­n diri, apatah lagi sebagai artis bukan Melayu. Memang saya terpaksa bergelut untuk meraih peluang.

“Sejak awal lagi, saya terapkan dalam diri supaya sentiasa bersabar dan cekal berjuang. Dalam apa juga kerja yang dilakukan, perkara paling penting adalah usaha. Jika sudah tertulis bukan rezeki, saya harus akur.

Jauh di sudut hati, saya sebenarnya berbangga kerana berani mencabar diri apabila memilih untuk menembusi pasaran Melayu. Banyak yang perlu saya lakukan, terutama mengasah kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu. Biarpun tidak mudah, saya teruja belajar menyesuaik­an diri”

“Jauh di sudut hati, saya sebenarnya berbangga kerana berani mencabar diri apabila memilih untuk menembusi pasaran Melayu.

“Banyak yang perlu saya lakukan, terutama mengasah kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu. Biarpun tidak mudah, saya teruja belajar menyesuaik­an diri,”

katanya.

Gusar berjauhan dengan keluarga

Akui Jasper, budaya Melayu bukan sesuatu yang asing, justeru dia tidak menghadapi masalah untuk menyesuaik­an diri.

Demi minat dan cita-citanya, Jasper sanggup berkorban meninggalk­an keluarga di Johor Bahru untuk mencuba nasib di ibu negara. “Dalam keluarga hanya ada dua beradik. Saya ada kakak yang mengusahak­an perniagaan di ibu negara, manakala ibu dan bapa pula masih menetap di Johor Bahru.

“Biasalah, apabila meningkat usia, ibu dan bapa berdepan masalah kesihatan. Mujur keadaan bapa semakin pulih selepas menjalani pembedahan. Cuma, tahap kesihatan ibu agak membimbang­kan. “Susah apabila terpaksa berjauhan dengan mereka, apatah lagi kedua-duanya sudah tidak sekuat dahulu. Memang saya berbelah bahagi apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.

“Disebabkan itu, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengorbana­n yang dibuat ini berbaloi,” katanya.

BBNU punca perlahanka­n karier nyanyian

Jika diikutkan, fokus awal Jasper adalah untuk dikenali sebagai penyanyi. Namun, dalam mencari tapak, dia tidak kisah mencuba bidang lain dan minat akhirnya membawa Jasper meneroka dunia lakonan.

“Sejak kecil, saya mahu jadi penyanyi dan itu antara faktor utama mengapa saya mencuba nasib dalam AF. Melihat juara musim pertama yang dimenangi peserta bukan Melayu, membuatkan hati saya terdetik untuk mencuba.

“Saya boleh menyanyi, tetapi saya akur, suara dan bakat yang dimiliki tidak sehebat mana,” katanya yang turut mempunyai kemahiran bermain alat muzik.

Jasper sedar kemunculan bakat baharu atau ‘Budak-budak Baru Nak Up’ (BBNU) mula memberi pengaruh tersendiri dalam dunia muzik tempatan.

“Melihat situasi itu, saya ambil jalan selamat dengan memperlaha­nkan rentak nyanyian. Saya bukan hendak bersaing dengan sesiapa, tetapi mahu kehadiran saya memberi impak.

“Kebetulan, tawaran berlakon pula lebih banyak saya terima, mengapa tidak saya mencabar diri? Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon.

“Sebelum memulakan langkah dalam bidang lakonan, saya turut menyertai program On Air musim keenam selepas ditawarkan Datuk Aznil Nawawi,” katanya pelakon drama Semusim Rindu itu.

Polis Evo 2 buka rezeki

Meskipun namanya masih belum menyerlah, Jasper bertuah apabila terpilih membintang­i filem Polis Evo2.

“Tawaran yang diterima membuktika­n saya mampu melakukann­ya. Kebanyakan produksi menawarkan saya watak wanita Melayu.

“Rasanya, jika tidak dimaklumka­n, mungkin ramai yang tidak tahu saya sebenarnya bukan Melayu. Saya anggap ia kelebihan untuk saya terus mengasah bakat,” katanya teruja dengan pelbagai tawaran yang diterima.

Jasper berkata, pernah dia menerima enam tawaran berlakon dalam sebulan. Namun, ada ketika, dia terpaksa akur apabila terpaksa ‘menganggur’ beberapa bulan.

“Ketika itu, keluarga agak risau apabila saya tiada tawaran kerja. Sumber kewangan juga terjejas, namun saya tidak mahu cepat mengalah.

“Tawaran membintang­i Polis Evo 2 tanpa disangka, membuka pintu rezeki yang lebih luas. Mungkin itu hasil kesabaran saya bertahan.

“Saya selalu mengingatk­an diri, rezeki setiap insan sudah ditetapkan. Paling penting, tingkatkan usaha, kejar peluang yang datang dan jangan sesekali takut mencuba,” katanya.

Lancar single pertama

Dalam perkembang­an lain, Jasper juga teruja bakal melancarka­n single pertama, tidak lama lagi.

“Single itu ciptaan Nami Harez yang pernah menghasilk­an lagu runut bunyi untuk drama Cruise

Cinta Lebaran dan Lelaki Kiriman Tuhan. Empati

“Lagu yang diberi judul itu akan dimuatkan sebagai runut bunyi drama Sara Sajeeda dan berentak balada. Kalau tiada aral melintang, ia akan dipromosik­an dalam masa terdekat,” katanya.

Jasper berkata, meskipun fokusnya lebih terarah kepada lakonan, minatnya terhadap nyanyian tidak pernah luntur. Baginya, setiap apa yang dilakukan memerlukan perancanga­n teliti.

“Saya tidak mahu terburu-buru. Disebabkan itu, biarpun terpaksa menanti lama untuk melihat single ini dilahirkan, saya tetap bersabar.

“Saya yakin, sampai masanya rezeki pasti menyebelah­i. Sama seperti penyanyi baharu lain, saya juga berharap percubaan ini akan membuka langkah lebih luas untuk saya meneroka dunia nyanyian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia