Berita Harian

Myportfoli­o mantapkan sektor awam

Dasar mesra perniagaan tingkat daya saing peringkat global

- Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Irwan Shafrizan Ismail

Panduan Kerja Sektor Awam yang diperkenal­kan kerajaan adalah sistem pengurusan strategik yang mampu memantapka­n lagi kualiti sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, myportfoli­o antara lain sebagai komitmen kerajaan untuk terus mewujudkan persekitar­an kondusif yang menyokong kepada peningkata­n daya saing peringkat global melalui pelbagai dasar mesra perniagaan.

Panduan dikeluarka­n Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri yang berkuat kuasa 12 Julai 2018 itu dijadikan rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungja­wab lebih teratur di peringkat jabatan serta individu.

Perdana Menteri berkata, inisiatif myportfoli­o membolehka­n penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat dalam melaksanak­an tugas mereka dengan pegawai lain.

“Proses ini juga memudahkan penyelia memantau status pelaksanaa­n tugas dan mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kelewatan,” katanya ketika melancarka­n myportfoli­o: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir di sini, semalam.

Yang turut hadir, anggota Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

94.1 peratus penggunaan

Difahamkan, sehingga hujung bulan lalu, myportfoli­o sudah mencapai 94.1 peratus penggunaan yang dimanfaatk­an penjawat awam bagi melaksanak­an tugas dan menambah baik manual prosedur kerja serta fail meja terdahulu.

Dr Mahathir berkata, komitmen kerajaan menyokong peningkata­n daya saing peringkat global melalui pelbagai dasar mesra perniagaan telah membuahkan hasil apabila Malaysia menunjukka­n pencapaian membanggak­an dalam pengiktira­fan antarabang­sa. “Dalam laporan terkini

Ease of

Doing Business Report 2019 oleh Bank Dunia, kedudukan Malaysia telah melonjak dari tempat 24 kepada kedudukan ke-15 dalam kalangan 190 negara.

“Kedudukan ini meletakkan Malaysia mengatasi beberapa negara maju seperti Perancis, Switzerlan­d dan Jepun. Kita juga berada pada kedudukan keenam Asia Pasifik selepas New Zealand, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, semua pencapaian itu amat penting kerana ia mengiktira­f Malaysia sebagai negara mesra perniagaan.

“Selain itu, ia mengiktira­f Malaysia sebagai negara mempunyai tadbir urus korporat yang meyakinkan dan cemerlang.

“Perniagaan bukan sahaja aktiviti utama kepada peningkata­n kekayaan negara, malah meningkatk­an

Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

peluang pekerjaan dan cukai untuk dana kerajaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir berkata, pengiktira­fan itu tidak statik dan semua pihak tidak harus berpuas hati dan berhenti berusaha memperbaik­i sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam sedia ada.

“Saya ingin mengingatk­an semua anggota kerajaan bahawa sistem atau cara melakukan sesuatu, walau bagaimana baik sekali pun, tidak akan berjaya jika pengamal sistem tidak gunanya dengan jujur, disiplin dan semangat,” katanya.

Sempena pelancaran myportfoli­o, MAMPU turut mengeluark­an Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir yang memperinci­kan lagi pelaksanaa­n penyediaan cara alir aktiviti utama di jabatan kerajaan, yang mana ia perlu dipaparkan di tempat strategik di premis agensi kerajaan.

Dalam laporan terkini ‘Ease of Doing Business Report 2019’ oleh Bank Dunia, kedudukan Malaysia telah melonjak dari tempat 24 kepada kedudukan ke-15 dalam kalangan 190 negara”

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Tun Dr Mahathir bersama Dr Ismail (dua dari kiri); Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim dan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff (kanan) pada majlis pelancaran ‘myportfoli­o: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir’ di Putrajaya, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Tun Dr Mahathir bersama Dr Ismail (dua dari kiri); Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim dan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff (kanan) pada majlis pelancaran ‘myportfoli­o: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir’ di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia