Berita Harian

Edar Nasi Daging Apollo

Masjid Al-abidin cipta kelainan agih juadah istimewa

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Edaran bubur lambuk kepada orang ramai sudah sinonim dilakukan umat Islam di surau dan masjid di seluruh negara, sepanjang Ramadan.

Bagaimanap­un, tradisi itu cuba diubah Masjid Al-abidin di Pinang Tunggal di sini, apabila jawatankua­sa kariah mengagihka­n ‘Nasi Daging Apollo’ pada setiap Ahad sepanjang Ramadan.

Pengerusi masjid berkenaan, Datuk Md Zabidi Ariffin, berkata pihaknya mahu mencipta kelainan selepas 20 tahun mengedarka­n bubur lambuk kepada penghuni kariah kawasan itu.

“Sebenarnya kita tetap mengagihka­n bubur lambuk pada setiap Sabtu, namun jawatankua­sa kariah mahu mempelbaga­ikan idea untuk mengimarah­kan kawasan masjid dan surau.

“Kita mendapat inisiatif membuat nasi daging kerana ia menjadi menu wajib di kawasan ini jika ada apa-apa majlis keraian dan siapa sangka ia mendapat sambutan luar biasa sejak dilaksanak­an lima tahun lalu,” katanya.

Program agihan itu turut mendapat kerjasama jawatankua­sa kariah Surau Al Ariffi di

Kampung Setol di sini, bagi menjayakan lagi inisiatif berkenaan.

Selesai edar dalam 30 minit

Md Zabidi berkata, pada program itu pihaknya mengagihka­n antara 600 hingga 700 pek membabitka­n 50 kilogram (kg) nasi daging dengan proses pengedaran selesai dalam tempoh 30 minit.

“Kariah di sini mula beratur panjang sebelum solat Asar dan sebaik saja program agihan bermula, boleh dikatakan sekelip mata ia habis diagihkan.

“Persediaan memasak dibuat secara gotong-royong pada jam 11.30 pagi dengan menyiapkan bahan dan memasak lauk, kemudian selepas solat Zohor kita memasak nasi menggunaka­n pengukus Apollo sebelum dibungkus serta diedarkan selepas solat Asar,” katanya.

Menariknya, lauk disediakan untuk dimakan bersama nasi daging itu juga berlainan pada setiap minggu, antaranya gulai daging dalca, basamah (rendang daging), kurma biasa dan kurma hijau.

Beliau berkata, program berkenaan berjaya dilaksanak­an atas sokongan orang ramai di kariah berkenaan yang turut membantu menghulurk­an sumbangan.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH] ?? Md Zabidi menunjukka­n Nasi Daging Apollo yang disediakan Masjid Al-abidin di Kampung Setol, Pinang Tunggal, Kepala Batas.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH] Md Zabidi menunjukka­n Nasi Daging Apollo yang disediakan Masjid Al-abidin di Kampung Setol, Pinang Tunggal, Kepala Batas.
 ??  ?? AJK Kariah Masjid Al-abidin bergotong-royong memasak nasi menggunaka­n pengukus Apollo.
AJK Kariah Masjid Al-abidin bergotong-royong memasak nasi menggunaka­n pengukus Apollo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia