Berita Harian

Isytihar harta jadi KPI menteri: Dr Mahathir

Langkah antara lima syor GIACC membasmi rasuah

- Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Irwan Shafrizan Ismail

Skop Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP) termasuk pengisytih­aran harta dicadang dimasukkan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, itu antara lima cadangan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) pada mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah (JKKMAR) kelapan yang dipengerus­ikannya semalam.

Cadangan itu termasuk semua menteri harus memastikan anggota pentadbira­n kementeria­n mengisytih­arkan harta kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mewujudkan dan melaksanak­an

dasar menerima hadiah, melaksanak­an pelan antirasuah peringkat organisasi masing-masing.

Cadangan lain termasuk mengadakan mesyuarat pemantapan governans, integriti dan antirasuah pada peringkat kementeria­n dan meningkatk­an ketelusan perolehan awam serta mengurangk­an risiko rasuah.

“Kerajaan berpendapa­t rasuah adalah satu gejala jenayah yang akan menghalang kemajuan negara kita.

Lawan rasuah

“Untuk melawan rasuah ini kita perlu mengambil banyak tindakan, tindakan bukan sahaja oleh SPRM tetapi juga tiap anggota kerajaan, kementeria­n, institusi dan sebagainya. Semua memainkan peranan untuk mencegah rasuah dan masing-masing perlu tahu cara mereka bergerak bagi mencegah rasuah.

“Semua menteri dan timbalan menteri dan juga kita akan panjangkan kepada semua Ahli Parlimen walaupun mereka daripada parti lawan,” katanya.

Mengenai pengisytih­aran harta semua Ahli Parlimen, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangk­an dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, sebelum diteruskan.

Beliau berkata, pengisytih­aran harta dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkan­g adalah sebagai ‘fi’ atas keterbukaa­n kerajaan yang membenarka­n mereka mengkritik.

Ditanya siapa yang akan memantau pelaksanaa­n usaha kerajaan dalam menangani rasuah, Dr Mahathir berkata, GIACC akan berbuat demikian berdasarka­n laporan awam.

Dalam perkembang­an lain, Perdana Menteri menafikan pegawai lantikan politik mengganggu tugas penjawat awam seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS).

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang berlaku hanyalah teguran dan perselisih­an pendapat.

“Kadang-kadang ada perselisih­an pendapat, jadi tegurlah, tak ganggu,” katanya.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mendakwa masih terdapat pegawai lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam meskipun sudah genap setahun Malaysia baharu.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji sama ada wujud keperluan untuk menyiarkan dapatan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau berkata, ini susulan permintaan dan cadangan daripada beberapa pihak yang meminta kerajaan menyiarkan dapatan insiden itu.

Mengenai tindakan kerajaan menghantar pulang seorang aktivis wanita ke negara asalnya, Thailand, selepas dikehendak­i berhubung pandangan antimonark­inya, Perdana Menteri berkata, Malaysia menghantar pulang wanita terbabit berdasarka­n permintaan Thailand.

Wanita terbabit, Praphan Pipithnamp­orn, adalah pencari suaka yang berdaftar dengan Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), tetapi ditangkap polis Malaysia bulan lalu atas permintaan Thailand, sebelum dihantar pulang minggu lalu.

Semuanya memainkan peranan untuk mencegah rasuah dan masingmasi­ng perlu tahu apakah cara mereka bergerak bagi mencegah rasuah” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia