Berita Harian

IPCMC bela imej, jaga kebajikan polis

-

Dr Mahathir Mohamad percaya penubuhan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bukan saja dapat membela imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi turut menjaga kebajikan pasukan berkenaan.

Sambil menzahirka­n kesyukuran kerana isu bantahan PDRM terhadap penubuhan suruhanjay­a itu berjaya diselesaik­an, Perdana Menteri berkata, tiada apa yang perlu dikhuatirk­an anggota PDRM yang tidak melakukan kesalahan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Pusat Governans Integriti dan Anti-rasuah Nasional (GIACC) serta Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Hamid Bador, kerana berjaya menyelesai­kan isu itu.

“Kedua-dua mereka sudah berjaya berbincang dan menjelaska­n kepada wakil persatuan polis mengenai kepentinga­n untuk mewujudkan IPCMC bagi memulihkan imej PDRM di mata rakyat,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah (JKKMAR) Kelapan di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Penubuhan IPCMC dilapor diteruskan selepas tiada halangan daripada pihak PDRM pada sesi perbincang­an dengan GIACC Jumaat lalu.

Abdul Hamid, pada sidang akhbar selepas perbincang­an itu, berkata PDRM berpuas hati dengan proses perbincang­an berkenaan.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata IPCMC dijangka dibentuk hujung tahun ini dan Rang Undang-undang (RUU) IPCMC akan dibentang pada sesi Parlimen berikutnya.

Pada 2 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dilaporkan berkata, PDRM akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir bagi mengemukak­an bantahan berhubung beberapa perkara membabitka­n penubuhan IPCMC.

Mohamad Fuzi berkata, antara perkara yang diusulkan berhubung penubuhan IPCMC, terutama penarikan kuasa Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembaga­an Persekutua­n, mendapat bantahan daripada banyak pihak dalam PDRM.

Bidang kuasa IPCMC harus diperincik­an dengan jelas

Perkara 140 Perlembaga­an Persekutua­n mengatakan bahawa SPP yang dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri akan bertanggun­gjawab atas pelantikan, promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata bidang kuasa IPCMC harus diperincik­an dengan jelas supaya penubuhann­ya bukan sekadar perhiasan dan bukan penyebab polis menjadi mangsa keadaan.

Beliau berkata, langkah mengemas kini bidang kuasa IPCMC selepas penubuhann­ya perlu dilakukan dalam menangani sebarang percanggah­an tugas dengan SPP yang sepatutnya bertanggun­gjawab mengendali­kan hal ehwal perlantika­n, kenaikan pangkat dan isu mengenai tatatertib pegawai polis.

Katanya, peruntukan bidang kuasa IPCMC seterusnya memerlukan pengurusan diterajui gandingan kerangka kepemimpin­an daripada pelbagai latar belakang bagi menjamin aspek ketelusan, fungsi dan kebebasan suruhanjay­a berkenaan.

“Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa saya bukan membantah cadangan IPCMC, sebaliknya pernah mencadangk­an penubuhan Suruhanjay­a Bebas Integriti Polis (IPIC) dan ia diselarask­an dengan SPP.

“Memandangk­an persetujua­n sudah dicapai untuk menubuhkan IPCMC seperti dimaklumka­n kerajaan, menerusi rundingan dengan pihak berkaitan, kita harus mengambil kira beberapa kepentinga­n dan pertimbang­an berkaitan supaya badan bebas ini berupaya melaksanak­an matlamatny­a.

“Kita kena pilih orang yang betul, bukan individu yang mempunyai kaitan dengan pihak tertentu bagi menjamin kebebasan suruhanjay­a ini mengendali­kan bidang tugasnya, iaitu untuk memperbetu­lkan pasukan polis.

“Oleh itu, adalah menjadi kewajaran supaya keahlian IPCMC perlu terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman luas dan faham dengan perjalanan bidang tugas serta operasi PDRM,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia