Berita Harian

BERSATU utama pengorbana­n, bukan jawatan: Dr M

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa perjuangan parti bersandark­an pengorbana­n dan bukan mengejar jawatan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, berkata tujuan utama menyertai parti juga bukan untuk mendapat ganjaran, sebaliknya berkorban demi bangsa, agama dan tanah air.

“Ramai ahli parti kecewa kerana kemenangan parti pada pilihan raya umum lalu tak beri sesuatu kepada mereka... ada yang dapat menjadi menteri, timbalan menteri dan macam-macam jawatan.

“Bagaimanap­un, kita tak dapat beri jawatan kerana jawatan terhad bilanganny­a, tetapi percayalah dengan adanya pemimpin (yang dipilih) negara akan lebih makmur membangun dan semua ini akan beri nikmat kepada kita semua,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar BERSATU di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak boleh menyalahgu­nakan kuasa untuk beri kekayaan dan tempat tertentu untuk penyokong mereka.

“Ada yang kecewa apabila berhempas pulas jatuhkan kerajaan kleptokras­i, tetapi tidak dapat apaapa layanan.

“Saya percaya kalau kita jadi parti bersih, rakyat akan memberikan sokongan kepada kita dan negara jadi lebih maju dan akhirnya dapat sesuatu bagi diri kita,” katanya.

Sementara itu Dr Mahathir berkata, kemenangan cemerlang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raye Kecil (PRK) Parlimen Sandakan adalah hasil sokongan padu parti di Sabah, termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN) walaupun tidak ramai keluar mengundi.

“Kemenangan ini kerana rakyat sedar PH adalah parti yang baik yang mana pemimpin berkorban tanpa mengharap sesuatu.

“Rakyat juga lebih pandang tinggi kepada parti yang dianggotai pemimpin yang sanggup berkorban untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Iftar BERSATU, di Putrajaya, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Iftar BERSATU, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia