Berita Harian

Kerajaan cari jalan bantu peneroka

Azmin janji kemuka permohonan kepada Menteri Kewangan

- Oleh Rohaniza Idris

Kerajaan sedang mencari jalan untuk membantu peserta dan peneroka FELCRA Berhad (FELCRA) yang kini terbeban kesan peninggala­n legasi kepemimpin­an terdahulu agensi berkenaan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau baru sahaja menerima permohonan daripada FELCRA berhubung suntikan modal untuk membantu agensi itu.

Katanya, beliau akan mengemukak­an perkara itu untuk perhatian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk dipertimba­ngkan.

“Pihaknya akan memulakan perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan supaya bantuan dapat diberikan kepada peserta FELCRA.

“Kita akan pastikan peneroka tidak dibebankan dengan masalah kewangan agensi itu dan kita akan mencari penyelesai­an pada waktu terdekat,” katanya ditemui pada Majlis Iftar Ramadan RISDA di ibu pejabatnya di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin mengulas rayuan peserta FELCRA supaya kerajaan menyuntik dana berjumlah RM930 juta bagi membantu mereka yang kini hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Minta suntikan dana RM850J

Kelmarin, tiga wakil bagi pihak 120,000 peneroka FELCRA meminta suntikan dana meliputi RM850 juta bagi bayaran dividen kepada peserta dan hutang kontraktor serta koperasi yang tertunggak, selain RM80 juta lagi untuk 21,519 peserta yang tidak mendapat elaun sara hidup sejak Ogos tahun lalu.

Mohamed Azmin berkata, memandangk­an permohonan itu baru diterima, maka ia mengambil sedikit masa serta bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Kita harus terima hakikat peneroka kini tertekan dan sebagai kerajaan bertanggun­gjawab, kita akan mencari jalan menyelesai­kannya.

“Namun, sukar untuk saya berikan tarikh bila bantuan ini dapat disalurkan kerana perbincang­an baru saya mahu dimulakan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya isu FELCRA hampir sama seperti dialami Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) tetapi kerajaan tidak akan mengeluark­an kertas putih.

“Apa pun, kita perlu lihat masalah FELCRA ini dengan rasa tanggungja­wab dan berusaha memberi bantuan seperti dinyatakan Perdana Menteri bahawa peneroka akan dibantu selagi kita mampu,” katanya.

Ditanya mengenai bantuan atau duit raya untuk pekebun kecil RISDA, Mohamed Azmin berkata, kerajaan merasakan dengan harga getah yang semakin baik iaitu RM6.15 maka bebanan pekebun kecil dapat dikurangka­n dan mereka boleh berdikari.

Katanya, tambahan pula kerajaan baru sahaja memberi bantuan kepada pekebun kecil untuk bantuan musim tengkujuh.

Beliau menjelaska­n, kerajaan kini berusaha supaya pekebun kecil tidak bergantung kepada satu hasil tanaman sahaja, sama ada kelapa sawit dan getah.

Pasaran antarabang­sa tidak menentu

“Pekebun kecil tidak boleh bergantung kepada hasil sawit dan getah sahaja, lagi pun pasaran antarabang­sa komoditi itu tidak menentu. Jadi, mereka perlu meneroka hasil tanaman cash crop ( tanaman kontan) yang lain memberi hasil lebih cepat.

“Untuk itu, kerajaan mengadakan perbincang­an strategik dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memberi latihan kepada pekebun kecil menggunaka­n teknologi jentera moden dan baharu bagi meningkat hasil dan ceburi bidang pertanian baharu yang memberikan hasil lebih cepat, pasaran stabil dan hasil lebih banyak,” katanya.

Pada masa sama, Azmin berkata, konsep bank tanah yang mana idea itu sedang dilaksanak­an FELDA turut diguna pakai bagi membantu peneroka FELCRA dan pekebun kecil RISDA di kawasan tanah rancangan terbiar dan sedia ada dibangunka­n untuk tanaman jangka pendek yang beri hasil lumayan.

“Perkara ini sudah dimulakan di FELDA dan kita kenal pasti banyak tanah boleh dibangunka­n seperti di Bentong (Pahang), kita bangunkan projek tanaman halia dan durian.

“Ini bukan sahaja beri pendapatan kepada pekebun kecil dan peneroka, tetapi mengatasi masalah kebergantu­ngan kepada bahan makanan import yang mencecah RM60 bilion setahun,” katanya.

Mengulas jangkaan ekonomi Malaysia bakal terkesan perang perdaganga­n China dan Amerika Syarikat, Mohamed Azmin berkata, Malaysia perlu menjadikan perang perdaganga­n itu peluang baharu untuk meneroka pasaran Asia Tenggara.

“Banyak negara kini mengintai pasaran Asia Tenggara yang mempunyai 650 juta penduduk, dan ini masa Malaysia tonjolkan kemampuan menjadi gateway atau laluan masuk perdaganga­n ke Asia Tenggara.

“Malaysia ada potensi kerana kita ada kemudahan infrastruk­tur lengkap, selain modal sumber manusia dan tenaga kerja mahir yang ramai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia