Berita Harian

TPM ketuai delegasi Malaysia ke Geneva

Dr Wan Azizah dijadual sampaikan ucaptama di dua sesi persidanga­n

-

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global Bagi Penguranga­n Risiko Bencana (GPDRR) di Geneva, Switzerlan­d, bermula semalam hingga esok.

Wakil Tetap Malaysia di Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Amran Mohamed Zin, berkata Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaik­an ucaptama pada dua

sesi utama persidanga­n itu di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Geneva (CICG).

“Pada Rabu (hari ini), Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis pembukaan GPDRR dan sesi pleno sejurus selepas itu, dengan beliau menjadi pemimpin pertama menyampaik­an ucapan rasmi negara pada sesi berkenaan.

“Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaik­an ucaptama pada sesi khas GPDRR bertemakan

katanya kepada media Malaysia mengenai lawatan Dr Wan Azizah itu, di sini, kelmarin.

Bertepatan dasar kerajaan

Dr Wan Azizah juga dijadualka­n menyertai sesi meja bulat peringkat menteri, esok, di mana beliau akan menyampaik­an ucapan relevan dengan tajuk sesi berkenaan, iaitu

Amran berkata, penyertaan Timbalan Perdana Menteri pada Amran Mohamed Zin

persidanga­n itu amat signifikan, bertepatan kepentinga­n dasar dan pendekatan proaktif kerajaan baharu Malaysia terhadap isu berkaitan penguranga­n risiko serta pengurusan bencana.

GPDRR adalah acara dwitahunan yang diselarask­an

dan forum paling utama pada peringkat antarabang­sa untuk perkongsia­n strategik, koordinasi, pembanguna­n perkongsia­n serta semakan pembanguna­n pelaksanaa­n instrumen pengurusan risiko bencana.

Tema GPDRR kali ini ialah

dan antara isu utama akan dibincangk­an ialah penguranga­n risiko bencana yang saling berkaitan dengan agenda pembanguna­n global, pelaburan dalam penguranga­n risiko bencana, pemulihan dan pembanguna­n semula yang lebih baik, serta status pembanguna­n dan pelaksanaa­n strategik DRR.

Hadiri pelbagai program

Amran berkata, jadual padat Timbalan Perdana Menteri diisi pelbagai program bermula pada hari ketibaanny­a di sini, semalam, di mana beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabang­sa (IFRC), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Pada hari sama, Dr Wan Azizah juga menghadiri sesi iftar dan dialog bersama rakyat Malaysia di Geneva.

Hari ini, Dr Wan Azizah dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Naib Presiden Indonesia, Mohamed Jusuf Kalla yang turut menyertai GPDRR, untuk membincang­kan perkara berkepenti­ngan bersama Malaysia-indonesia.

Beliau kemudian dijadual mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, dan disusuli sesi taklimat di ibu pejabat UNHCR, di sini.

Dr Wan Azizah juga dijadual mengadakan pertemuan dengan wakil khas Setiausaha Agung PBB bagi Penguranga­n Risiko Bencana, Mami Mizutori.

Timbalan Perdana Menteri turut dijadual mengadakan lawatan ke Pusat Kebudayaan Islam Geneva dan mengadakan pertemuan dengan kepemimpin­an pusat Islam itu.

“Dr Wan Azizah akan berlepas pulang ke Malaysia pada 16 Mei (esok) selepas selesai menghadiri sesi meja bulat peringkat menteri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia