Berita Harian

Pindaan mantapkan tadbir urus PP

-

Kuala Lumpur: Pewartaan Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 pada 22 April lalu dan berkuatkua­sa 1 Mei lalu bagi memastikan Pertubuhan Peladang (PP) menjadi lebih dinamik dan berdaya saing.

Ia selaras hasrat Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas (MOA) untuk mereformas­ikan kepemimpin­an PP meliputi tiga peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim, berkata pindaan dibuat secara teliti dan penambahba­ikan kepada pentadbira­n PP sebelum ini.

Katanya, agenda reformasi diketengah­kan adalah anjakan yang akan membawa pergerakan PP ke arah dimensi baharu, terutama dalam mentransfo­rmasi institusi peladang supaya lebih maju dan berdaya saing, di samping meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup 920,000 ahli peladang.

Beliau berkata, LPP sebagai Pendaftar semua PP di negara ini mengambil maklum bantahan daripada ahli peladang berhubung pewartaan berkenaan dan berkeyakin­an tinggi agenda reformasi akan diterima masyarakat peladang demi memastikan institusi Peladang kekal relevan.

“Pejabat Pendaftar telah dan sedang dalam proses memberi taklimat dan proses libat urus dengan ahli Peladang di PP setiap negeri bagi menjelaska­n secara terperinci pindaan berkenaan supaya mereka memahaminy­a secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di Menara LPP, di sini, semalam.

Beri penjelasan sewajarnya

Azulita berkata, semasa sesi libat urus dilaksanak­an, banyak pertanyaan dan persoalan dibangkitk­an, namun Pejabat Pendaftar sudah memberikan penjelasan sewajarnya, termasuk tujuan asal pindaan dilaksanak­an.

Beliau berkata, pindaan dibuat secara teratur berdasarka­n punca kuasa yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 35 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan diwarta serta dikuatkuas­akan sewajarnya.

Katanya, tindakan menyemak dan meminda perundanga­n berbentuk dinamik sentiasa dilaksanak­an dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian perundanga­n terhadap keperluan semasa.

Sementara itu, Azulita berkata, pindaan berkenaan meliputi komposisi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di PPK iaitu tujuh ahli dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK, lima dilantik menteri, manakala pengerusi dipilih melalui undian majoriti.

Komposisi jemaah pengarah

Katanya, komposisi AJP di PPN mencakupi empat dipilih dalam MAT dan lima dilantik menteri, manakala pengerusi hendaklah dinamakan dalam kalangan AJP dan diluluskan menteri.

Beliau berkata, komposisi AJP NAFAS meliputi lima ahli yang dipilih dalam MAT dan enam dilantik menteri, manakala pengerusi hendaklah dinamakan dalam kalangan AJP dan diluluskan menteri.

“Tempoh sepenggal jawatan terdahulu adalah tiga tahun dan kini dipendekka­n kepada dua tahun dengan tempoh maksimum pemegangan jawatan tidak melebihi dua penggal atau empat tahun. Korum bagi mesyuarat AJP adalah tujuh di semua peringkat PP,” katanya.

 ??  ?? Azulita (kanan) pada sidang media Pewartaan Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
Azulita (kanan) pada sidang media Pewartaan Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia