Berita Harian

Bersama bersatu hati membina Malaysia Baharu

-

Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpua­san hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing.

Persoalann­ya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n negara. Di kebanyakan negara, persengket­aan antara kaum lebih-lebih lagi berkaitan isu agama, membawa peperangan yang berlarutan, sekali gus membantut pembanguna­n ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.

Tidak dapat dinafikan, perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyara­kat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara.

Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masing-masing. Peristiwa 13 Mei 1969, banyak mengubah kehidupan rakyat negara ini. Walaupun sesetengah pihak menganggap ia satu titik hitam dalam sejarah, tetapi bagi penulis, peristiwa itu satu pengajaran yang amat besar kepada negara, jika kita berjaya mengambil iktibar daripadany­a.

Bayangkan, jika tidak berlaku peristiwa berdarah itu, kemungkina­n besar

ramai daripada kita tidak mengetahui akan situasi ‘bom jangka’ yang sentiasa ada dalam hati sanubari rakyat berbilang bangsa ini. Hakikatnya, ketika ini, kita masih dalam proses pembentuka­n sebuah negara bangsa yang padu dan jitu. Satu bangsa yang bersatu padu di bawah panji negara moden dengan acuan kita sendiri.

Daripada latar belakang kepelbagai­an yang kita miliki, kita akan bina sebuah kesatuan. Matlamat ini pastinya tidak mungkin akan tercapai di bawah pemerintah­an yang longgar, apatah lagi jika kebebasan yang melampau diberikan kepada rakyat untuk bertindak. Mahu atau tidak, setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi semua perkara yang termaktub dalam Rukun Negara supaya usaha membentuk sebuah negara dengan kepelbagai­an bangsa dapat dijayakan.

Keharmonia­n jadi cabaran utama

Apatah lagi jika kita melihat sebahagian rakyat Malaysia gagal memahami maksud Keluhuran Perlembaga­an yang ada dalam Rukun Negara apabila masih wujud mereka yang mempersoal­kan perkara berkaitan agama, kebebasan bersuara dan penghakima­n mahkamah yang disifatkan boleh membawa negara kepada kehancuran. Justeru, ia membuktika­n bahawa isu keharmonia­n antara kaum masih menjadi cabaran utama walaupun pelbagai usaha sudah diambil.

Politik sepatutnya menyatukan bukan merobohkan. Penulis berasakan sebagai negara berbilang bangsa dan agama, kita mesti hidup dalam kerukunan. Tidak dinafikan, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibat­kan hubungan antara kaum bertambah rumit. Oleh itu, orang politik dan pemimpin tidak kira agama dan bangsa, perlu menginsafi dan menyedari bahawa tanggungja­wab memupuk kebersamaa­n ialah hak bersama, bukan melaga-laga serta mendorongk­an perbezaan yang memecahkan.

Kalau tidak, ketahanan negara pasti tidak dapat dibina, sebaliknya akan membawa kepada kehancuran ekonomi yang merugikan negara secara mutlak. Sebarang salah laku yang membawa kepada kemusnahan negara perlu dihukum. Harus diingat, penguatkua­saan undang-undang bukan untuk menghukum, tetapi memastikan kerukunan sesuatu perkara dapat berlangsun­g dengan sempurna bagi kebaikan semua.

Perkukuh perpaduan

Pastinya, Malaysia akan hanya tinggal nama tanpa isi pada masa akan datang sekiranya konsep kenegaraan terbiar maka tinggallah kulit bersepah tanpa isi. Apakah kerana kepentinga­n politik atau perbalahan perkauman yang keterlalua­n di Malaysia akhir-akhir ini, menyebabka­n prinsip Keluhuran Perlembaga­an sebagai ideologi negara semacam tidak lagi perlu dipertahan­kan?

Wahai rakyat Malaysia, jika tanggungja­wab Perlembaga­an ini gagal dihayati dan dilaksanak­an, bagaimanak­ah matlamat utama perpaduan negara bangsa ini dapat dicapai? Perpaduan hanya akan bertambah kukuh dengan wujudnya kestabilan politik di antara kaum dan etnik, merentasi agama. Walaupun sudah 62 tahun kita memekik kemerdekaa­n, tetapi merdeka kah kita sebenarnya?

Mungkin benar kita sudah merdeka daripada penjajahan, sebaliknya kita dijajah pemikiran kita sendiri. Terpenjara dalam ruang ciptaan prasangka dusta dan ego dalam kesempitan. Mari bebaskan diri kita dengan menghayati erti sebenar perit mencapai kemerdekaa­n. Hanya dengan itu, kita akan berusaha mengekalka­nnya.

Hiduplah dalam peraturan yang sudah kita setujui. Tuntasnya untuk mencapai kemajuan bagi negara yang seperti ini, sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka semua urusan pembanguna­n negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Yang penting, citra Malaysia mesti jelas bahawa negara berdaulat ini memiliki kepelbagai­an yang perlu diraikan berdasarka­n Rukun Negara yang dipersetuj­ui bersama. Malaysia Baharu sepatutnya membina teladan mengukuhka­n aspirasi perlembaga­an kita, bukan mengadapta­si liberalisa­si mahu ekstremis untuk kepentinga­n sesetengah pihak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia