Berita Harian

‘Takiyuddin tak hormati Yang di-pertuan Agong’

Isu tak patut timbul kerana dapat pengampuna­n penuh

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tidak menghormat­i Yang dipertuan Agong apabila menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kenyataan Takiyuddin itu juga berlawanan dengan pendirian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang selama ini mempertaha­nkan Presiden PKR itu sebagai tidak bersalah dan mangsa konspirasi politik.

Beliau berkata isu Anwar sebagai bekas banduan tidak sepatutnya timbul kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat pengampuna­n penuh daripada Yang di-pertuan Agong, selaras Perkara 42(1) Perlembaga­an

Persekutua­n.

Katanya, kenyataan Takiyuddin jelas meremehkan kuasa pengampuna­n Yang di-pertuan Agong, serta memperleke­h integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampuna­n yang memberikan pengampuna­n penuh itu kerana berlaku ketidakadi­lan dalam pendakwaan dan pemenjaraa­n Anwar.

“Perkara 42(1) Perlembaga­an Persekutua­n memberi kuasa kepada Yang di-pertuan Agong untuk memberi pengampuna­n, menunda hukuman dan melegakan hukuman.

Patuhi segala prosiding

“Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampuna­n penuh kepada Anwar telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampuna­n Wilayah-wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Isu sama ada Anwar adalah ‘bekas banduan’ tidak lagi timbul kerana beliau mendapat pengampuna­n penuh, selain dibenarkan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berhubung status kelayakan beliau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Takiyuddin ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan bagi membantu calon PBS baru-baru Setiausaha Agung PKR ini antara lain mempersoal­kan sama ada Anwar layak menjadi perdana menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian Takiyuddin itu bercanggah dengan pendirian PAS sebelum ini yang konsisten mempertaha­nkan Anwar sebagai tidak bersalah.

“Kenyataan ‘bekas banduan’ oleh Takiyuddin mengundang perbanding­an nyata dengan (pendirian) Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarha­m Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Anwar serta mengkritik pemenjaraa­n beliau sebagai fitnah politik.

“Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu penting negara, termasukla­h pemenjaraa­n Anwar, yang dikritik masyarakat perundanga­n antarabang­sa sebagai satu konspirasi politik,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan Anwar layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri, sesuai kedudukann­ya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih secara sah, selaras muafakat Pakatan Harapan (PH) pada Januari 2018 yang menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia