Berita Harian

Azmin minta PAS selesai masalah, usah kait orang lain

-

Kuala Lumpur: PAS perlu menyelesai­kan masalah dalaman mereka dan tidak perlu mengaitkan dengan orang lain.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak perlu mengaitkan nama beliau dengan masalah dalaman parti itu termasuk isu ‘kartel dedak PAS’ yang didedahkan baru-baru ini.

“Saya bukan ahli PAS, saya tidak terbabit dengan apa yang berlaku dalam parti itu.

“Saya kira itu masalah dalaman mereka yang perlu diselesaik­an kerana hari ini, saya lihat kenyataan Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) bahawa beliau tidak memberi restu (kartel dedak PAS),” katanya ditemui pada Majlis Iftar Ramadan RISDA di ibu pejabat agensi itu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan menantu Hadi, Zaharudin Muhammad bahawa ketua ‘kartel dedak PAS’ dalam kalangan pemimpin PAS ada kaitan dengannya.

Zaharudin yang juga bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, mendakwa pemimpin nombor satu kartel dedak itu juga rapat dengan, Mohamed Azmin dan pernah mendapatka­n bantuan daripada pemimpin berkenaan.

Mohamed Azmin berkata, dakwaan Zaharuddin itu tidak berasas kerana beliau bukan ahli parti berkenaan.

Katanya, jika Presiden parti berkenaan tidak memberi restu maka perkara itu perlu diselesaik­an mengikut cara mereka.

Sedia hadap jawatankua­sa

Sementara itu, Zaharudin berkata, beliau sedia menghadap Jawatankua­sa Disiplin parti berikutan pendedahan­nya mengenai ‘kartel dedak PAS’ dalam kalangan pemimpin kepada umum.

Beliau menyatakan demikian dalam hantaran laman Facebook hari ini bertajuk ‘Isu restu: Spin team media kartel dedak’.

“Alhamdulil­lah jika Jawatankua­sa Disiplin mula bersidang isu ini. Saya sudah tunggu peluang ini cukup lama,” katanya.

Mengulas isu beliau mendakwa pendedahan mendapat restu Hadi, Zaharudin berkata, ia bagi menjernihk­an keadaan terhadap polemik isu lama yang dinamakann­ya ‘isu Nurul’.

Bagaimanap­un, beliau mengakui tidak mendapat restu Hadi dalam pendedahan ‘kartel dedak’ sejak Ahad lalu kerana tidak berjumpa dengan bapa mentuanya itu sejak seminggu lalu.

“Saya tulis yang TG (Tuan Guru merujuk kepada Hadi) restu itu berkait dengan isu lama, isu Nurul dulu.

“Setelah Mr KH (Kaki Hasut) menghasut, saya bagi penjelasan, maka TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang.

“Dalam rakaman terkini, wartawan tanya berkenaan restu Presiden (PAS) berkenaan pendedahan kartel dedak yang hangat sehari dua ini. Jadi sememangny­a TG Presiden nafikan sebab memang saya tak jumpa dia sejak seminggu lalu,” katanya.

Isu Nurul dipercayai merujuk kepada kenyataan Zaharudin mengenai EXCO Pemuda PAS, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang pernah mendedahka­n dakwaan berhubung pendirian Hadi dan Majlis Syura PAS, mengizinka­n penerimaan wang daripada UMNO.

Zaharudin juga menempelak pentadbir akaun Facebook dan Twitter Abdul Hadi yang didakwa menyebarka­n hantaran ‘tidak restu’ bagi menunjukka­n beliau berbohong dalam isu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia