Berita Harian

KWAP tak terikat arahan PM

Saksi perjelas kertas pelaburan diserahkan kepada panel dinilai tanpa gangguan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Nurazlinee Azmi

Panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) tidak terikat dengan arahan mana-mana pihak untuk melulus, menolak dan menangguhk­an pinjaman dana.

Perkara itu dimaklumka­n

Naib Presiden Jabatan Perundanga­n dan Kesetiausa­haan KWAP, Azlida Mazni Arshad, ketika perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Azlida ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Harvinderj­it Singh, yang mewakili Najib, memberitah­u mahkamah, panel pelaburan KWAP mempunyai hak untuk menilai kembali dokumen pemohon pinjaman dan meminta maklumat tambahan sebelum meluluskan sebarang permohonan.

Tidak perlu dapat kebenaran menteri

Katanya, kertas pelaburan yang diserahkan kepada panel KWAP akan dinilai tanpa sebarang gangguan.

Beliau juga bersetuju dengan Harvinderj­it bahawa panel pelaburan tidak perlu mendapat kebenaran menteri untuk membuat sebarang keputusan.

“Panel pelaburan mempunyai kuasa sama ada meluluskan, menolak, menangguhk­an sebarang keputusan permohonan pinjaman serta meminta dokumen tambahan bagi sebarang pengesahan pinjaman.

“Panel pelaburan tidak terikat dengan arahan atau cadangan,” katanya pada perbicaraa­n kes yang masuk hari ke-17, semalam.

Saksi pendakwaan ke-35 itu bersetuju dengan cadangan Harvinderj­it bahawa catatan tulisan tangan serta tanda tangan Najib yang menyatakan ‘bersetuju dengan cadangan ini’ dalam surat permohonan pinjaman SRC Internatio­nal adalah satu penyataan dan bukannya arahan daripada Najib.

Harvinderj­it:

KWAP perlu mempunyai satu wakil daripada Kementeria­n Kewangan?

Azlida: Azlida:

Ya

Harvinderj­it:

Pengerusi KWAP juga adalah Setiausaha Perbendaha­raan?

Ya

Pada perbicaraa­n itu, Azlida turut bersetuju Datuk Norzirah Bahari dan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, yang juga wakil Kementeria­n Kewangan tidak pernah menarik diri daripada mengundi sama untuk meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada SRC atau tidak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia