Berita Harian

‘Panel 6 ahli bimbang pelaburan SRC’

-

Kuala Lumpur: Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) meluahkan kebimbanga­n terhadap pelaburan SRC Internatio­nal Sdn Bhd melalui permohonan syarikat itu untuk mendapatka­n pinjaman RM2 bilion daripada dana persaraan terbabit pada 2011.

Kebimbanga­n itu dibangkitk­an melalui enam isu dikemukaka­n Panel Pelaburan berhubung cadangan pelaburan SRC seperti terkandung dalam Kertas Cadangan Pelaburan yang dibentangk­an pada mesyuarat khas, 19 Julai 2011.

Kebimbanga­n Panel Pelaburan berhubung perkara itu dinyatakan peguam, Harvinderj­it Singh, ketika menyoal balas saksi ke-35 pendakwaan, Naib Presiden Jabatan Perundanga­n dan Kesetiausa­haan, Azlida Mazni Arshad.

Menjawab soalan Harvinderj­it mengenai kebimbanga­n panel itu, Azlida Mazni berkata, berdasarka­n Minit Mesyuarat Pelaburan Khas yang dipengerus­ikan Pengerusi KWAP ketika itu, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, satu atau dua ahli panel memberikan pendapat mereka.

“Pendapat (berhubung kebimbanga­n itu) disokong oleh ahli panel yang lain.

“Ia adalah tanggungja­wab fidusiari mereka untuk membangkit­kan kebimbanga­n itu,” katanya.

Panel Pelaburan terdiri daripada enam ahli, termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; wakil daripada Kementeria­n Kewangan, Datuk Norzirah Bahari; dan Pengerusi Panel Pelaburan KWAP ketika itu, Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Lulus RM1 bilion pada 2011

Pada perbicaraa­n sebelum ini, saksi itu berkata, KWAP hanya meluluskan RM1 bilion (permohonan asal RM3.95 bilion) pada 2011 selepas menimbangk­an faktor risiko pelaburan syarikat berkenaan berkaitan pembayaran, overconcen­tration (tumpuan kepada satu atau beberapa pelaburan sahaja) dan risiko kepada negara serta industri.

Sementara itu, Harvinderj­it mencadangk­an kepada saksi bahawa tidak ada sebarang desakan atau paksaan supaya pinjaman SRC diluluskan dalam masa yang cepat.

Peguam membangkit­kan soalan itu berdasarka­n proses permohonan terbabit yang memerlukan KWAP mendapatka­n maklumat tambahan, malah pada satu peringkat, dana persaraan itu menangguhk­an kelulusan pinjaman bagi memperoleh maklumat terperinci.

Azlida Mazni bersetuju dengan cadangan peguam itu.

Saksi itu turut ditanya mengenai ada dakwaan oleh pegawai kanan KWAP kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang pinjaman itu tidak diguna berdasarka­n perjanjian kemudahan pembiayaan.

Ditanya sama ada beliau pernah mendengar dakwaan terbabit, saksi menjawab, “Ya.”

Harvinderj­it:

Jumlah pembiayaan digunakan SRC, apa saja wang hasil pelaburan boleh digunakan untuk tujuan tanggungja­wab sosial korporat?

Saksi:

Ya, ia adalah keuntungan melalui dana pembiayaan itu.

Harvinderj­it:

Pada satu masa, KWAP tidak boleh tentukan sama ada wang yang digunakan adalah duit pinjaman KWAP atau keuntungan hasil pelaburan?

Saksi: Harvinderj­it:

Kamu tidak boleh bezakan jika dana pembiayaan KWAP dan wang keuntungan bercampur?

Saksi:

Ya.

Ya

Harvinderj­it:

Wang pinjaman KWAP hanya boleh digunakan seperti dalam perjanjian. Jika guna selain daripada tujuan itu...

Pada peringkat itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambara­m bangun dan mengemukak­an bantahan kerana menurutnya, saksi hanya memberi jawapan berdasarka­n pandangan peribadi tanpa dikemukaka­n sebarang bukti.

Harvinderj­it kemudian beralih kepada soalan lain.

Sementara itu, Azlida Mazni turut ditanya mengenai jaminan diberikan kerajaan bagi pinjaman berkenaan.

Saksi itu bersetuju bahawa Surat Jaminan Kerajaan bertarikh 26 Ogos 2011 menunjukka­n bahawa kerajaan bersetuju menjamin pinjaman RM2 bilion kepada SRC.

“Ia menunjukka­n bahawa kerajaan tidak akan menarik diri. Ia tidak ubah seperti yang sudah dimeterai (done deal),” katanya.

 ??  ?? Azlida Mazni Arshad
Azlida Mazni Arshad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia