Berita Harian

Saksi tetap pertahan Adib keluar sendiri dari van

Dr Ahmad Hafizam dakwa teori pakar Forensik Patologi UK tak berpadanan corak, kecederaan mangsa

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, semalam menolak semua teori yang dikemukaka­n saksi ke-29 prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dalam rumusannya, Dr Ahmad Hafizam berkata, teori pakar Forensik Patologi United Kingdom (UK), Profesor Dr Shahrom Abd Wahid tidak berpadanan dengan corak dan kecederaan dialami mangsa.

Katanya, teori bekas pakar Perunding Kanan Forensik dan Patalogi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (dahulu dikenali Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia) yang dikemukaka­n di mahkamah itu tidak bersesuaia­n dengan situasi dan keadaan pada malam kejadian.

Teori berdasarka­n kecederaan tertentu

“Teori Dr Shahrom hanya memilih kecederaan tertentu pada lengan atas dan kanan.

“Teori Dr Shahrom tidak berpadanan dengan tempoh masa cepat dan bagaimana mangsa mendapat kecederaan,” katanya.

Pada prosiding hari ke-33 semalam, Dr Ahmad Hafizam tetap dengan pendirian Muhammad Adib tidak ditarik sebaliknya keluar sendiri dari van Perkhidmat­an Penyelamat­an dan Perawatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan itu.

“Kebarangka­lian yang paling mungkin adalah mangsa keluar sendiri dari EMRS. Mangsa tidak ditarik oleh orang lain,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, berdasarka­n kepatahan tulang rusuk hadapan dan belakang, kebarangka­lian untuk mangsa tersepit ada.

“Tetapi daripada maklumat lain, ia tidak menyokong bahawa si mati tidak tersepit antara dua permukaan yang berat.

“Bagaimanap­un sekiranya terhimpit antara dua kenderaan iaitu van EMRS dan Fire Tender Rescue (FRT), sepatutnya akan ada lebih banyak kecederaan,” katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung hari ini.

Sebuah van EMRS akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi tujuan ujikaji dan penerangan oleh pihak berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia