Berita Harian

Lebih separuh sempadan Perlis-thailand tak berpagar

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian diberitahu bahawa sempadan Perlis dengan Thailand keseluruha­nnya adalah 106 kilometer (km) dan lebih separuh daripadany­a tidak berpagar.

Saksi ke-25 RCI, Safrul Faiz Abdul Satar yang juga Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Perlis dari 2010 hingga September 2018, berkata sepanjang 50km sempadan Perlisthai­land adalah berpagar, manakala 56km lagi tidak berpagar.

“Sempadan Perlis-thailand yang tidak berpagar diklasifik­asikan sebagai sukar ditembus, jauh dari penempatan penduduk dan terletak dalam kawasan hutan simpan kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengara­n awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, yang memasuki hari kesembilan, semalam.

Safrul Faiz berkata, beliau kali pertama mendapat maklumat mengenai kem transit migran di Wang Kelian dalam mesyuarat Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri Perlis pada Januari 2015.

Laluan sukar, jarang digunakan migran

“Saya sangat terkejut dengan maklumat itu kerana kawasan terbabit laluan sukar yang jarang digunakan migran untuk masuk ke Malaysia. Biasanya migran akan menggunaka­n laluan landai untuk masuk ke Perlis atau Kedah dari negara jiran,” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama sempadan Malaysiath­ailand, Safrul Faiz berkata, kedua-dua negara menandatan­gani kerjasama pada 1977 untuk menangani ancaman komunis.

Pada Mei 2000 pula Malaysia dan Thailand menandatan­gani semula perjanjian baharu dikenali sebagai Perjanjian Am Malaysia-thailand.

Ketika diajukan soalan pernahkah Malaysia dan Thailand berbincang secara khusus mengenai isu sempadan, wakil media dan orang awam diminta keluar bagi membolehka­n prosiding RCI dijalankan secara tertutup kerana ia membabitka­n maklumat sensitif yang dikategori­kan sebagai rahsia dan rahsia besar.

Tembok boleh bocor

Selepas sejam prosiding berjalan secara tertutup, wakil media dibenarkan masuk, pada masa itu saksi ke-26 Leftenan Kolonel Zamri Hamzah dari MKN memberikan keterangan.

Zamri berkata, tembok dan pagar sempadan Perlisthai­land boleh bocor apabila berlaku sabotaj dan akibat faktor alam seperti pokok tumbang.

“Tembok dan pagar sempadan yang bocor perlu diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

RCI bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia