Berita Harian

Shafee gagal peroleh pasport kendali kes di Australia

-

Kuala Lumpur: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, gagal mendapatka­n pasport bagi mengendali­kan kes jenayah di Australia.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatka­n sementara pasportnya selepas mendapati tiada keperluan bagi mahkamah berbuat demikian.

Collin dalam penghakima­nnya, berkata surat bertarikh 13 Mei 2019, yang meminta Muhammad Shafee berangkat ke Melbourne hanya sekadar berperanan untuk membantu kes terbabit.

“Tujuan kehadiran pemohon hadir di Pusat Tahanan di Melbourne, Australia, hanya untuk membuat kerja terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dan ia boleh dilakukan oleh peguam mewakili firma.

“Oleh itu, bukti surat dikemukaka­n hanya menunjukka­n bahawa pemohon dikehendak­i memberikan bantuan dan sudah ada peguam lain yang mengendali­kan kes itu.

“Justeru, tiada alasan kukuh untuk Muhammad Shafee pergi ke sana,” katanya.

Collin berkata, rasional di sebalik perintah supaya pemohon dikehendak­i untuk menyerahka­n pasport miliknya kepada mahkamah ialah kerana tuduhan dihadapiny­a adalah serius.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, membantah permohonan itu kerana mendapati tiada keperluan untuk Muhammad Shafee hadir di mahkamah memandangk­an kes itu boleh dikendalik­an wakil daripada pihak tertuduh.

“Pemohon seharusnya dilayan sama rata seperti tertuduh lain.

“Tertuduh tidak harus diberikan layanan istimewa hanya kerana dia ahli Badan Peguam,” katanya.

Zahid gagal lagi dapatkan pasport Putrajaya, BERNAMA

Sementara itu, di melaporkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah, gagal lagi untuk mendapatka­n pasport bagi mengerjaka­n ibadah umrah.

Rayuan beliau diketepika­n semalam oleh Mahkamah Rayuan, susulan keputusan sebulat suara tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan.

Ketika menyampaik­an keputusan itu, Hakim Umi Kalthum yang mengetuai kumpulan itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat pertimbang­an wajar dengan menolak permohonan perayu (Ahmad Zahid).

“Kami mendapati bahawa kami tidak mempunyai sebab untuk mencampuri tindakan oleh yang arif hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.

Ahmad Zahid, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Mei, tahun ini yang mengetepik­an permohonan beliau bagi pemulangan sementara pasport beliau untuk mengerjaka­n umrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia