Berita Harian

Razak diminta beri contoh tulisan tangan

Saksi ambil 10 sampel ketika dalam

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu defendan ketiga dalam kes saman RM100 juta keluarga wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu terhadap tiga individu dan Kerajaan Malaysia, ada memberikan sampel tulisannya kepada seorang pegawai polis pada 2006.

Saksi plaintif ke-10, Asisten Superinten­dan Ahmad Abu Bakar, berkata beliau mengambil sampel tulisan tangan daripada Dr Abdul Razak Baginda pada dua tarikh berturut-turut, iaitu 14 dan 15 November 2006.

Katanya, beliau mengambil sampel tulisan tangan itu ketika Abdul Razak berada di bilik soal siasat di bilik tahanan di Bukit Aman.

Beliau berkata, pada jam 3 petang 14 November 2006, beliau diarahkan oleh Timbalan Pegawai Turusnya, Deputi Superinten­dan Gan Tack Guan untuk mengambil contoh tulisan tangan Abdul Razak sebelum beliau berjumpa dengan seorang

pegawai, Deputi Superinten­dan (DSP) Zainuddin dan memaklumka­n tujuannya untuk mendapatka­n contoh tulisan tangan penganalis­is politik itu.

“DSP Zainuddin kemudian beri satu salinan kertas faks bertulisan tangan yang dirampas oleh ASP (Asisten Superinten­dan) Zulkarnain. DSP Zainuddin menulis semula sebahagian daripada salinan faks itu, iaitu nama Abdullah, Hotel Malaya di Jalan Hang Lekir dan nama Amina.

“Selepas saya dapat tulisan itu, saya berjumpa dengan Abdul Razak di bilik soal siasat pada hari sama untuk ambil tulisan tangannya.

“Hanya saya ada dengan Abdul Razak,” katanya ketika menjawab soalan peguam Harshaan Zamani yang mewakili keluarga Altantuya dalam kes saman itu.

Minta tulis semula

Ahmad memberi keterangan pada pemeriksaa­n utama di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera semalam.

Ahmad berkata, sebelum mengambil contoh tulisan tangan itu, beliau memperkena­lkan dirinya dan tujuannya berjumpa Abdul Razak sebelum defendan ketiga itu bertanya tujuan tulisan tangannya mahu diambil.

Katanya, Abdul Razak kemudian bersetuju sebelum Ahmad memintanya menulis perkataan yang dibacakann­ya, di atas kertas putih bersaiz A4. Asisten Superinten­dan

“Saya bacakan perkataan yang ditulis oleh Zainuddin. Ada lima salinan. Dalam kertas A4 ada dua tulisan atas dan bawah, ada lima salinan.

“Saya ambil 10 sampel,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Razak menulis semula perkataan yang dibacakan itu dan kedua-dua mereka menandatan­gani setiap helaian.

Katanya, beliau kemudian menyerahka­n semua sampel tulisan tangan Abdul Razak itu kepada pegawai penyiasat Asisten Superinten­dan Tony Lunggan pada 17 November 2006.

Ahmad juga berkata, beliau boleh membuat pengecaman terhadap Abdul Razak sekiranya lelaki itu berada di mahkamah.

Terdahulu, prosiding semalam turut mendengar permohonan peguam plaintif, Sangeet Kaur Deo kepada pihak ketiga iaitu mendapatka­n dokumen yang berkaitan dengan kes perbicaraa­n pembunuhan Altantuya sebelum ini daripada pihak ketiga iaitu Peguam Negara dan Ketua Bahagian Pendakwaan.

Pihak plaintif antara lain menuntut satu salinan semua pernyataan yang diambil oleh polis dalam siasatan kes itu termasuk pihak yang tidak menjadi saksi pendakwaan; satu salinan asal semua eksibit yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan; butir nombor kad pengenalan, termasuk nama serta alamat pihak disiasat sama ada dipanggil sebagai saksi pendakwaan atau sebaliknya dan atau yang ditawarkan kepada pihak pembelaan serta satu salinan kesemua pernyataan, sama ada dalam bentuk bertulis atau rakaman yang diambil oleh polis dalam proses siasatan dan pendakwaan defendan pertama, kedua dan ketiga.

Vazeer kemudian menetapkan Khamis ini untuk keputusan kepada permohonan itu.

Perbicaraa­n bersambung hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia