Berita Harian

Bicara Najib, Irwan mulai 6 Januari

-

Kuala lumpur: Perbicaraa­n kes pecah amanah dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah ditetapkan selama 48 hari bermula 6 Januari tahun depan.

Kes pecah amanah itu membabitka­n enam tuduhan berkaitan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes berkenaan.

Mohd Nazlan turut menetapkan beberapa tarikh lain pada bulan Februari hingga April untuk perbicaraa­n kes terbabit.

“Tarikh perbicaraa­n kes selama 28 hari bermula 8 Julai hingga 22 Ogos depan yang ditetapkan sebelum ini dilapangka­n bagi memberi laluan kepada perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd,” katanya.

Pendakwaan kes ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib serta Datuk K Kumaraendr­an bagi pihak Irwan Serigar.

Pada prosiding Januari lalu, pihak pendakwaan memaklumka­n akan memanggil 70 saksi bagi memberi keterangan.

Saksi terbabit adalah sebahagian daripada 138 saksi berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan.

Mengaku tak bersalah

Najib, 66, dan Irwan Serigar, 62, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah membabitka­n dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Mengikut tuduhan, keduaduany­a sebagai penjawat awam, iaitu masing-masing atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan yang diamanahka­n ke atas harta iaitu wang antara RM220 juta dan RM1.3 bilion milik Kerajaan Malaysia, didakwa melakukan pecah amanah terhadap harta berkenaan.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia