Berita Harian

Jerman tak ikut EU larang minyak sawit

Hanya mahu kurangkan penggunaan terutama hasilkan produk

- Oleh Sophia Ahmad

Jerman tidak akan mengambil pendekatan mengharamk­an penggunaan minyak sawit seperti negara Eropah lain, namun memutuskan untuk mengurangk­an penggunaan bahan itu, khususnya dari aspek penghasila­n produk.

Duta Besar Jerman ke Malaysia, Nikolaus Graf Lambsdorff berkata, langkah mengharamk­an minyak sawit adalah tidak wajar kerana penggunaan­nya masih diperlukan.

“Jerman tidak akan menyokong usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamk­an import minyak sawit kerana langkah itu bertentang­an dengan perdaganga­n bebas.

“Apa yang dilakukan EU sekarang ialah hanya usaha mengurangk­an penggunaan bahan api bio yang membabitka­n campuran minyak sawit dengan bahan api,” katanya.

Beliau berkata, bahan itu juga adalah komoditi utama Malaysia, justeru tindakan seumpama itu hanya menjejaska­n hubungan

perdaganga­n dua hala.

“Minyak sawit memainkan peranan penting apa lagi dengan harga yang rendah, mesra alam sekitar dan bekalannya sentiasa berterusan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Balai Berita, di sini, semalam.

Lambsdorff menyatakan demikian ketika ditanya mengenai isu minyak sawit yang hangat diperdebat­kan di peringkat global ketika ini, khususnya di kalangan blok EU

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memberi amaran, Malaysia akan bertindak balas jika EU terus bersikap tidak adil dan melakukan diskrimina­si terhadap komoditi utama negara itu.

Dr Mahathir berkata, semua ketua negara EU sudah dimaklumka­n berhubung tindakan itu menerusi surat oleh kerajaan Malaysia.

Isu minyak sawit menjadi hangat apabila terbit laporan berhubung tindakan Parlimen Eropah mengharamk­an penggunaan bahan berkenaan dalam penghasila­n minyak bio, malah rangkaian runcit British, Iceland turut mengumumka­n akan menghentik­an penggunaan komoditi terbabit.

Kurangkan secara berkala

Mengulas lanjut, Lambsdorff berkata, langkah mengurangk­an penggunaan minyak sawit diputuskan kerajaan Jerman akan dibuat secara berkala sebelum ia dihentikan sepenuhnya.

“Saya berpendapa­t ada baiknya langkah ini turut diguna pakai Malaysia dan mencari alternatif lain menggantik­an komoditi berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau memuji ketrampila­n dan kewibawaan Dr Mahathir yang disifatkan memiliki aliran pemikiran melangkaui zaman.

Memberikan contoh pembinaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Lambsdorff berkata tiada siapa menyangka ia mampu diangkat sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia.

“Waktu KLIA dibina di Sepang, semua orang terperanja­t dan mengkritik kerana lokasinya yang jauh. Tetapi setelah siap dibina, masing-masing menyedari ia amat sesuai dan tidak sejauh mana.

“Ketika orang ramai memuja Barat, beliau mengukuhka­n dasar pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun sebagai contoh dan akhirnya, kita dapat melihat kecanggiha­n serta kelebihan dimiliki Jepun,” katanya. Yang turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah Timbalan Ketua Misi, Dr David Krivanek.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Penolong Pengurus Pusat Sumber NSTP, Mohd Azlee Abd Aziz menunjukka­n keratan akhbar lama keluaran NSTP kepada Lambsdorff dalam lawatan ke Balai Berita, Bangsar, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Penolong Pengurus Pusat Sumber NSTP, Mohd Azlee Abd Aziz menunjukka­n keratan akhbar lama keluaran NSTP kepada Lambsdorff dalam lawatan ke Balai Berita, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia