Berita Harian

Tipu dalam talian kes paling banyak perlu diatasi

-

Kuala Lumpur: Penipuan dalam talian akan menjadi kes paling banyak yang perlu ditangani kerajaan susulan perubahan aliran perniagaan masa ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau yang baharu 10 bulan berada di kementeria­n mendapati ada peningkata­n yang sangat ketara dalam kes itu.

Katanya, selepas kerajaan mengumumka­n peluang perniagaan yang lebih luas, berlakunya peningkata­n pendaftara­n syarikat dalam talian diikuti penipuan dalam talian.

“Apabila saya membaca semua laporan aduan, paling tinggi adalah kenaikan harga makanan dan minuman iaitu lebih 30 peratus diikuti penipuan dalam talian 23 peratus dan iklan yang mengeliruk­an.

Atasi aduan kenaikan harga barang

“Sebelum ini, penipuan dalam talian berada pada kedudukan nombor tujuh atau lapan tetapi melihat aliran semasa, kes ini akan berada pada kedudukan pertama dengan mengatasi aduan kenaikan harga barang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan produk Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Payfo di sini, semalam.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mendapati masalah itu mampu diatasi melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan mengenakan tindakan yang lebih keras.

“Tribunal mampu menjadi platform kepada pengguna, maka denda siling yang sebelum ini tidak lebih RM25,000 tetapi saya mengesyork­an ia dinaikkan, dan kini dipersetuj­ui naik kepada RM50,000.

“Keputusan meningkatk­an jumlah denda dilihat mampu menggerunk­an pihak yang cuba melakukan penipuan dalam talian dan ini diharapkan dapat mengurangk­an kes yang akan berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia