Berita Harian

Sindiket penyeludup­an migran tumpas

11 individu termasuk tiga warga tempatan ditahan dalam dua serbuan

- Oleh Fazrik Kamarudin

Seramai 11 individu, termasuk tiga warga tempatan yang disyaki adalah anggota rangkaian sindiket penyeludup­an migran antarabang­sa ditahan dalam dua serbuan masing-masing pada 2 Mei dan 30 April lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata dua daripada suspek berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dalam operasi yang diadakan pada 30 April lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang wanita warga tempatan dan seorang wanita warga Sri Lanka ditahan ketika cuba berlepas ke sebuah negara Eropah menggunaka­n pasport antarabang­sa Malaysia

yang dipalsukan.

“Susulan itu, empat lagi suspek iaitu tiga warga Sri Lanka dan seorang warga Jerman pula ditahan di sekitar Lembah Klang kerana disyaki turut terbabit dalam kegiatan penyeludup­an migran.

“Dalam satu lagi tindakan susulan pada 2 Mei, polis menahan lima suspek terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga Sri Lanka di kawasan sekitar Selayang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Siasatan ikut ATIPSOM 2007

Abdul Hamid berkata, daripada 11 suspek yang ditahan, lima akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Antipemerd­agangan Orang Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia dan masing-masing Ketua Polis Negara seorang dari Sri Lanka dan Jerman, manakala selebihnya iaitu enam migran Sri Lanka pula akan dituduh mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba menyeludup keluar ke negara Eropah melalui KLIA.

Sindiket ada hubungan antarabang­sa

“Dengan penahanan semua suspek, kita berjaya melumpuhka­n satu rangkaian sindiket penyeludup­an migran yang licik dan sudah beroperasi sejak 2018 dan mempunyai hubungan antarabang­sa merentasi Sri Lanka, Eropah dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan dan membantera­s rangkaian penyeludup­an migran akan terus dipertingk­atkan oleh PDRM pada setiap masa demi memastikan aktiviti penyeludup­an migran di negara ini dapat dibanteras sepenuhnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia