Berita Harian

Kerajaan Johor rugi ratusan juta ringgit

ADUN Senggarang minta SPRM siasat jika ada salah guna kuasa

- Oleh Mohd Sabran Md Sani

Penyelewen­gan dalam kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, Mersing, dipercayai menyebabka­n kerajaan Johor kerugian ratusan

juta ringgit.

Pelanggara­n syarat penebangan pokok itu didapati masih berlaku berdasarka­n lawatan Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Johor, Khairuddin Abdul Rahim, ke kawasan itu akhir bulan lalu.

Selain kehilangan hasil kerajaan, kegiatan itu turut merugikan rakyat serta menjejaska­n alam sekitar.

Berikutan itu, Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang membuat laporan di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Kempas, semalam.

“SPRM perlu menyiasat sama ada salah guna kuasa atau penyelewen­gan beberapa jabatan dalam isu ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Ditebang secara tidak sah

Khairudin berkata, laporan kepada SPRM itu wajar selepas mengambil kira kawasan hutan simpan negeri yang didapati dalam keadaan ‘gondol’ akibat pelanggara­n syarat penebangan pokok.

“Pokok tidak bertanda yang masih kecil disyaki ditebang secara tidak sah dan dikeluarka­n dengan tidak membayar cukai.

“Rekod pengeluara­n kayu juga disyaki dikecilkan jumlahnya kurang daripada jumlah meter padu kayu dibayar premium. SPRM perlu menyiasat sama ada salah guna kuasa atau penyelewen­gan beberapa jabatan dalam isu ini,” katanya.

Khairuddin mendakwa kekurangan meter padu kayu itu disyaki digunakan untuk mendapatka­n kawasan ganti rugi tanpa membayar premium.

“Pada masa sama, penanaman semula tidak dilakukan dan pengeluara­n kayu-kayu disyaki secara gelap tanpa membayar cukai kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, isu berkenaan dibawa pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Ogos tahun lalu.

“Ketika di dewan (DUN) saya bercakap mengenai kerajaan negeri kehilangan hasil beratus-ratus juta jika perkara itu tidak ditangani.

“Bagaimanap­un, ketika lawatan pada akhir April lalu, saya dapati amalan pembalakan yang tidak sepatutnya berlaku dan masih diamalkan,” katanya.

Desak ambil tindakan segera

Sambil menyatakan perkara itu amat menyedihka­n, beliau mendesak tindakan segera diambil dan diperbetul­kan kembali terutama prosedur operasi standard (SOP) pembalakan.

Beliau juga menegaskan akan membuat satu lagi laporan mengenai keadaan terkini hutan simpan itu minggu depan.

“Sekiranya tiada apa-apa tindakan lanjut, saya akan terus melakukan laporan berantai dan mengemukak­an usul sekali lagi di DUN Johor, Julai depan sehingga perkara ini diambil tindakan oleh pihak bertanggun­gjawab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia