Berita Harian

‘Mandi jenazah ajar pencuri tabung surau’

Suspek ditahan orang awam kemudian diserah kepada polis

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Visual lelaki diikat dan dimandikan dalam tempat mandi jenazah yang tular di laman sosial ketika ini disyaki suspek yang cuba memecah tabung derma Surau At-taqwa Kampung Mulia di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superinten­dan Ismail Dollah, berkata suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira 10 pagi kelmarin sebelum diserahkan kepada polis.

“Ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) membuat tugas rondaan, mereka menerima maklumat menyatakan ada tangkapan dibuat oleh orang awam ke atas seorang lelaki yang cuba memecah tabung di surau itu.

“Tiba di lokasi, beberapa orang awam menyerahka­n suspek bersama sebuah motosikal. Semakan ke atas motosikal itu didapati tiada rekod hilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau mendapati suspek masuk dan cuba memecah

tabung surau pada 10 Mei lalu, tetapi gagal.

Katanya, hasil semakan rekod lampau, suspek yang berusia 26 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah mencuri dalam bangunan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beri pengajaran

Kelmarin, tular rakaman video berdurasi seminit 22 saat di laman sosial memaparkan seorang lelaki ditangkap orang ramai kerana disyaki memecah tabung surau sebelum diikat dan dimandikan dalam ruang mandi jenazah.

Tindakan itu dilakukan jawatankua­sa surau berkenaan bertujuan memberi pengajaran kepada suspek.

Timbalan Pengerusi Surau At-taqwa Kampung Mulia, Ramle Ahmat, berkata kejadian pecah tabung di surau berkenaan sudah beberapa kali berlaku, selain kes curi beg tangan jemaah wanita ketika sedang menunaikan solat.

Ramle berkata, tindakan AJK dan orang kampung itu langsung tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu, sebaliknya sebagai kesedaran dan pengajaran kepada suspek serta orang lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia