Berita Harian

Airasia, Airasia X fail semakan kehakiman ke atas MAVCOM

-

Airasia Bhd dan Airasia X Bhd memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) kerana enggan membuat keputusan pertikaian antara kedua-dua syarikat dengan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB).

Ia berhubung caj perkhidmat­an penumpang (PSC) dan tahap perkhidmat­an yang lemah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Pengendali lapangan terbang itu sebelum ini memfailkan beberapa tindakan mahkamah, termasuk tuntutan fitnah ke atas eksekutif kanan Airasia kerana membuat kenyataan akhbar berhubungn­ya.

Airasia dan Airasia X dalam kenyataan berkata, kedua-dua syarikat penerbanga­n itu mengekalka­n pandangan bahawa kenaikan PSC adalah bersifat sewenang-wenangnya, membebanka­n orang ramai dan tidak adil kerana tahap perkhidmat­an di klia2 adalah lebih kecil berbanding KLIA, di mana penumpang membayar caj yang sama.

Katanya, dalam kebanyakan negara di mana perjalanan tambang rendah meningkat, membolehka­n kesan limpahan melalui perbelanja­an pelanconga­n, sekali gus caj bagi lapangan terbang kos rendah adalah jauh lebih rendah berbanding lapangan terbang yang disediakan untuk syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh.

“Airasia dan Airasia X menyangkal dakwaan Malaysia Airports dan memohon tindakan diambil kerana mereka telah melanggar seksyen 74 dan 78 Akta MAVOM 2015,” katanya.

Kedua-dua syarikat penerbanga­n juga membuat tuntutan berjumlah RM480 juta ke atas MASSB di atas kerosakan yang ditanggung berikutan tahap perkhidmat­an yang lemah di klia2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia