Berita Harian

Penganalis­is turun unjuran saham Drb-hicom

-

Penganalis­is menurunkan unjuran prestasi saham Drb-hicom Bhd (Drb-hicom) daripada mengekalka­n saranan pegang kepada kurang berprestas­i, dengan jangkaan harga wajar lebih rendah iaitu RM1.74 seunit.

Ambank Research dalam notanya berkata, unjuran itu dibuat berdasarka­n kadar diskaun lebih tinggi sebanyak 30 peratus mengikut kaedah penilaian jumlah bahagian daripada 20 peratus sebelumnya.

“Penurunan gred itu disebabkan wujud potensi sentimen negatif susulan penahanan pegawai kanan kumpulan itu oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketidakpas­tian dengan keupayaan kumpulan untuk mendapatka­n kontrak kerajaan di masa depan,” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Pasaran, Nazarry Rosli berkata, berdasarka­n prestasi itu, harga saham Drb-hicom dijangkaka­n akan berada pada sekitar harga RM1.70 ke RM1.80.

“Terdapat sokongan kuat pada paras berkenaan. Ia memberi kesan negatif buat masa ini ke atas prestasi saham Drb-hicom.

“Saham konglomera­t itu sedang menurun disebabkan oleh sentimen negatif pelabur terhadap siasatan SPRM itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dijangka dalam tempoh sederhana

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Penganalis­a Teknikal Malaysia (MATA) berkata, prestasi kurang memberangs­angkan itu dijangka dalam tempoh sederhana dan pasaran akan melihat keputusan daripada siasatan yang dijalankan.

Saham Drb-hicom susut sedikit semalam selepas anak syarikatny­a Defence Technologi­es Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat SPRM.

Pada penutup, harga saham konglomera­t itu susut 1.0 sen atau 0.5 peratus kepada RM2.00.

DRB Hicom dalam kenyataann­ya sebelum ini berkata, pihaknya mengesahka­n mengenai laporan media berkaitan siasatan SPRM ke atas anak syarikatny­a, Deftech.

Menerusi kenyataan itu, DRBHicom menegaskan, pihaknya dan Deftech bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berhubung siasatan itu.

Bagaimanap­un, syarikat berkenaan tidak memperinci­kan lanjut mengenai perkara itu.

Deftech adalah syarikat 100 peratus milik Drb-hicom, antara lain membuat, memasang dan membekalka­n kenderaan tentera dan komersial.

SPRM kelmarin, menahan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kewangan syarikat itu kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan projek pembekalan kelengkapa­n kenderaan tentera bernilai RM17 juta.

Kedua-duanya disyaki menerima rasuah berjumlah ratusan ribu daripada beberapa syarikat bagi pembekalan peralatan untuk kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2015 dan 2017.

Selain itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 dan dokumen berkaitan projek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM.

 ??  ?? Nazarry Rosli
Nazarry Rosli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia