Berita Harian

TNB sedia belanja modal lebih rendah

Peruntukan RM9.5 bilion perkemas, kembangkan perniagaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

untuk tenaga boleh diperbahar­ui dan meter pintar.

Katanya, peruntukan lebih rendah berbanding RM12 bilion tahun lalu juga dijangka semakin mengecil setiap tahun berikutan siapnya dua stesen janakuasa Jimah East yang dijangka beroperasi tahun ini dan Southern Power Generation (SPG) pada 2020.

“Selepas kedua-dua sumber elektrik baharu beroperasi, kami menjangkak­an capex setiap tahun akan mengecil kepada RM7 bilion hingga RM8 bilion,” katanya pada sidang media mesyuarat agung tahunan (AGM) TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan.

Projek bernilai RM12 bilion yang diperuntuk­kan pada 2018 dipecahkan kepada dua unit, di mana Unit 1 loji jana kuasa arang batu Jimah East dijangka beroperasi pada Jun tahun ini, manakala Unit 2 pula pada Disember ini.

Loji jana kuasa itu dimiliki Jimah East Power iaitu anak syarikat TNB dengan pemilikan 70 peratus.

Bagi SPG pula, projek anak syarikat 51 peratus milik TNB bernilai sekitar RM4.6 bilion itu dibiayai menerusi gabungan kewangan projek serta ekuiti di mana Sukuk Wakalah bernilai RM3.7 bilion diterbitka­n pada Oktober 2017.

Pembanguna­n gentian optik

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, TNB akan memberi fokus kepada pembanguna­n gentian optik sebagai portfolio baharu dalam perniagaan syarikat utiliti negara itu.

Katanya, perniagaan gentian optik yang dilaksanak­an TNB merangkumi pembanguna­n infrastruk­tur sebelum produk akhir akan ditawarkan oleh operator telekomuni­kasi negara.

“TNB akan memaksimum­kan peluang dalam bahagian baharu menerusi keupayaan perhubunga­n yang dimiliki syarikat ini. Ini kerana model perniagaan utiliti dan gentian optik adalah sama.

“Kita bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memacu industri ini ke arah lebih berdaya maju kerana kami melihat kadar penembusan gentian optik ini masih belum cukup tinggi,” katanya.

Amir Hamzah berkata, TNB menjangkak­an sumbangan pendapatan gentian optik bermula tahun depan memandangk­an 2019 adalah tahun di mana syarikat merancang, memperkema­skan projek berkenaan sebelum dilancarka­n pada akhir tahun ini.

“TNB tidak menolak untuk mengembang­kan perniagaan gentian optik ke peringkat runcit berbanding borong kepada syarikat telekomuni­kasi ketika ini namun ia adalah proses sukar dan kompleks.

“Buat masa ini, fokus kami adalah untuk menyediaka­n kemudahan asas gentian optik selepas projek perintis pertama kami di Jasin, Melaka berjaya,” katanya.

Projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) di Jasin bermula tahun lalu membabitka­n 1,100 kediaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia