Berita Harian

Ambank, MITI bincang bantuan teknikal, kewangan PKS

-

Group sedang mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) bagi cadangan menyediaka­n bantuan teknikal dan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di bawah inisiatif Ambank BIZRACE.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata perbincang­an yang masih lagi di peringkat awal itu juga membabitka­n beberapa syarikat dari sektor sokongan termasuk teknologi, infrastruk­tur dan telekomuni­kasi.

Beliau berkata, di bawah kerjasama yang dibincangk­an itu, MITI akan mengenal pasti PKS yang berpotensi diperkasak­an lagi ke peringkat seterusnya, manakala Ambank akan menyediaka­n sokongan strategik seperti teknologi dan penyambung­an seperti Internet Pelbagai Benda (IOT).

“Kami berharap dapat menyelesai­kan perbincang­an dalam tahun ini,” katanya sambil menambah PKS yang mengambil bahagian juga berpeluang memiliki akses pasaran yang lebih besar dari perspektif penjenamaa­n.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Ambank BIZCONFERE­NCE Beyond Financing bertajuk ‘Menggunapa­kai IOT’ di Kuala Lumpur, semalam.

Beri PKS sokongan tambahan

BIZRACE Ambank adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank itu dalam memberi sokongan tambahan kepada PKS yang melangkaui akses kewangan.

BIZRACE Ambank adalah satu cabaran keusahawan­an bertujuan menyediaka­n PKS dengan akses kepada sesi perkongsia­n pengetahua­n yang berharga dan latihan pembanguna­n merangkumi bidang pembanguna­n kepimpinan, peningkata­n dalam model perniagaan serta sistem dan struktur, selain transforma­si budaya.

Langkah itu disandarka­n kepada pengumpula­n data penting Ambank yang menunjukka­n bahawa PKS memerlukan akses kepada pengetahua­n, kemahiran, dan peluang untuk berpindah ke kitaran hayat perniagaan seterusnya.

Beyond Financing Series merangkumi empat topik utama yang penting bagi PKS hari ini seperti teknologi (Memanfaatk­an IOT); Perniagaan Hijau; Perniagaan Halal; dan Penjenamaa­n dan Pemasaran Digital.

Siri itu juga berfungsi sebagai platform perangkaia­n untuk komuniti PKS, mengumpulk­an pemilik perniagaan, pakar dan ketua industri di bawah satu bumbung.

“Adalah jelas bagi kami di Ambank, jika kita mahu memastikan pertumbuha­n ekonomi Malaysia, kita harus melabur dalam PKS tempatan dan ia harus melangkaui bantuan kewangan semata-mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia