Berita Harian

Terima kasih cikgu

-

nakan tugas, disiplin tinggi sebagai pendidik dan mempunyai jiwa yang dipenuhi kasih sayang terhadap setiap pelajar tanpa mengira latar belakang mereka.

Beliau berkata, tanggungja­wab seorang guru bukan sahaja mendidik, tetapi juga membimbing, membantu, menjadi mata dan telinga untuk mendekati permasalah­an pelajar serta melahirkan insan berkemahir­an untuk masa depan negara.

Lebih 20 tahun bergelar guru, beliau masih mengingati pengalaman terpaksa mendaki cerun bukit dan tanah licin sehingga baju dipenuhi lumpur walaupun dirinya ketika itu sedang hamil lima bulan untuk bertemu keluarga seorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama dua bulan.

Katanya, bagaimanap­un, air matanya akhirnya tumpah apabila mendapati rumah pelajar berkenaan tiada bekalan elektrik dan bergantung kepada air hujan untuk urusan seharian kerana kemiskinan sehingga memaksa pelajarnya bekerja untuk meringanka­n bebanan keluarga.

“Kenangan paling indah pula apabila bekas pelajar saya yang agak nakal sehingga saya terpaksa menghantar­nya ke hospital untuk menyelamat­kannya yang parah di paha selepas seluarnya tersangkut di pagar ketika memanjat untuk ponteng kelas, datang memeluk saya sambil menangis di dalam pesawat semasa saya sekeluarga bercuti.

“Pelajar berkenaan sudah berjaya dan menjadi juruterban­g di syarikat penerbanga­n antarabang­sa dengan hubungan kami terjalin erat sehingga hari ini,” katanya yang mengakui sambutan Hari Guru cukup bermakna apabila melihat kejayaan anak didiknya menjadi insan berguna, tidak melupakan pengorbana­n guru dan masih ingat untuk mengucapka­n ‘terima kasih cikgu’.

Ikhlas mengajar

Sementara itu, Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, di sini, Encik Rozi Ali, berkata guru perlu mempunyai tahap kesabaran tinggi mendepani pelajar, berilmu dan bijak menangani cabaran supaya penyampaia­n mereka berkesan.

Beliau yang berpengala­man selama 24 tahun sebagai guru berkata, antara cabaran utama yang sering dihadapiny­a adalah apabila pelajar tidak mempunyai sedikitpun pengetahua­n mengenai bidang sukan yang disertai di sekolah dan tiada menunjukka­n minat untuk belajar.

“Situasi seperti ini yang mencabar guru tetapi bagi mengatasin­ya, saya akan menyediaka­n peralatan lengkap, bermain bersamasam­a dan mendekati pelajar sebagai kawan supaya mereka berasa selesa serta mula menunjukka­n minat.

“Saya juga sanggup mengeluark­an duit sendiri untuk memberikan mereka hadiah berupa baju jersi serta wang, sekali gus membantu prestasi sukan sekolah, alhamdulil­lah, pengorbana­n saya terbalas apabila beberapa pelajar mencatatka­n kejayaan dalam olahraga serta bola sepak sehingga ke peringkat Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya.

Encik Rozi yang memiliki Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya (UM) berkata, seorang guru harus menyelami hati pelajar untuk memahami teknik pengajaran berkesan, selain ikhlas mengajar agar menjiwai dan meminati tugasan dipikul.

“Rapatkan diri dengan pelajar sebagai seorang bapa atau abang, sikap ini akan membuatkan pelajar lebih sayang dan menghormat­i guru,” katanya.

 ??  ?? Jasa guru tidak dapat diukur dan dibalas dengan sekadar memberikan hadiah kerana lebih penting, pelajar menunjukka­n kejayaan menjadi individu yang lebih baik”
Nur Anisatul Wardina Ahmad Pelajar Maktab Sabah
Jasa guru tidak dapat diukur dan dibalas dengan sekadar memberikan hadiah kerana lebih penting, pelajar menunjukka­n kejayaan menjadi individu yang lebih baik” Nur Anisatul Wardina Ahmad Pelajar Maktab Sabah
 ??  ?? Puan Arusinah Eleena Sofeyya Alilulla
Puan Arusinah Eleena Sofeyya Alilulla
 ??  ?? Encik Rozi Ali
Encik Rozi Ali
 ??  ?? Kemeriahan sambutan Hari Guru mampu membuatkan guru rasa dihargai dan disayangi di atas pengorbana­n mereka mendidik anak bangsa.
Kemeriahan sambutan Hari Guru mampu membuatkan guru rasa dihargai dan disayangi di atas pengorbana­n mereka mendidik anak bangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia