Berita Harian

Pengorbana­n guru usah dilupa, penyumbang kejayaan negara

-

Kuala Lumpur: Sambutan Hari Guru wajar disambut meriah pada tanggal 16 Mei setiap tahun bagi memastikan jasa golongan pendidik itu sentiasa dikenang dan dihargai.

Pengerusi Pertubuhan Keilmuan Nasional, Encik Zambri Mohd Isa, berkata tanpa sambutan sekali setahun itu, kemungkina­n masyarakat semakin lupa pengorbana­n guru mereka.

Katanya, guru adalah kerjaya cukup penting kerana memainkan tanggungja­wab untuk mendidik, membimbing dan mencorak masa depan anak bangsa.

“Sumbangan guru cukup besar kerana apaapa disampaika­n mereka kepada pelajar menjadi penentu kejayaan individu terbabit.

“Jika seseorang guru sangat dedikasi dan minat terhadap profesion mereka, saya yakin pelajar mereka akan tampil menjadi orang hebat,” katanya ketika dihubungi BH Skor.

Insan istimewa

Encik Zambri berkata, rentetan perkembang­an zaman moden, guru harus bijak mendepani cabaran pelajar yang semakin terdedah kepada teknologi maklumat.

Pada masa ini, katanya, pelajar boleh mengakses dan mendapatka­n sebarang maklumat di hujung jari melalui gajet mereka, oleh itu, guru harus bersiap sedia dengan ilmu terkini serta mengajar secara interaktif supaya penyampaia­n lebih berkesan.

Beliau berkata, jika di rumah, ibu bapa ialah ejen pembentuka­n adab dan akhlak anak, guru harus memikul tanggungja­wab sama pada peringkat sekolah.

“Sangat penting untuk guru berhubung dengan keluarga bagi memahami situasi pelajar, kena bekerjasam­a dengan ibu bapa untuk mendidik, jangan ada perasaan bahawa aku cuma mengajar.

“Bagi saya, guru ialah insan yang sangat istimewa dan menjadi sebahagian daripada faktor utama yang mendorong pencapaian saya hari ini. Guru adalah penyumbang kepada kemajuan, kejayaan serta keselesaan negara Malaysia. Terima kasih cikgu,” katanya.

 ??  ?? Encik Zambri Mohd Isa
Encik Zambri Mohd Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia