Berita Harian

Gamuda Land labur RM12J naik taraf BBK

Tambah baik akses jalan beri manfaat penduduk projek Kundang Estates, komuniti sekitar

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Gamuda Land melabur RM12 juta bagi menaik taraf infrastruk­tur di kawasan Bandar Baru Kundang (BBK).

Pelaburan merangkumi kerjakerja penambahan 800 meter panjang dan 100 kaki lebar jalan di Jalan BBK Utama, rekaan landskap serta naik taraf sistem saliran.

Penambahba­ikan akses jalan itu dijangka bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk projek Kundang Estates yang dibangunka­n Gamuda Land, tetapi juga komuniti sekitar BBK.

Pengurus Besar Kundang Estates, Lam Sew Chee, berkata kerja naik taraf jalan berkenaan dijalankan pihaknya turut memberikan inspirasi kepada pihak berkuasa

tempatan untuk turut sama menambah baik Jalan Kundang.

Beri keselesaan, keselamata­n

“Perkara itu pastinya memberikan lebih keselesaan dan keselamata­n kepada komuniti Kundang Estates dan penduduk di sekitarnya.

“Adalah menjadi prinsip Gamuda Land untuk membangunk­an projek perbandara­n yang dirancang dengan teliti bagi membolehka­n pembeli kami selesa untuk tinggal di dalamnya,” katanya pada majlis pelancaran jalan berkenaan di Kundang, semalam.

Pada majlis yang sama turut diadakan perasmian Pusat Komuniti baharu Kundang Estates.

Ia disempurna­kan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Sallehudin Amiruddin.

Projek pembanguna­n Kundang Estates dibangunka­n di atas tapak seluas 36 hektar di Bandar Baru Kundang, Sungai Buloh.

Ia dilancarka­n pada 2016 dan mempunyai dua fasa pembanguna­n.

Pusat komuniti akan dibuka

Fasa pertama merangkumi 222 unit kediaman dan ia sudah siap dibina sepenuhnya serta sedang dalam proses serah milik kepada pembeli.

Mengulas lanjut, Sew Chee berkata, pusat komuniti berkenaan akan dibuka kepada orang ramai dan tidak terhad kepada pembeli projek Kundang Estates sahaja.

“Pusat komuniti itu boleh digunakan bagi tujuan sukan dan kecergasan dan ia turut dilengkapi dengan tiga gelanggang badminton di dalamnya,” katanya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Sew Chee (kiri), Leong Jee Keen (tengah) bersama Sallehuddi­n (dua dari kanan) memotong reben simbolik pelancaran Jalan BBK Utama, Bandar Baru Kundang di Gamuda Estates Kundang, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Sew Chee (kiri), Leong Jee Keen (tengah) bersama Sallehuddi­n (dua dari kanan) memotong reben simbolik pelancaran Jalan BBK Utama, Bandar Baru Kundang di Gamuda Estates Kundang, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Pusat komuniti kemudahan untuk penduduk Kundang Estates.
Pusat komuniti kemudahan untuk penduduk Kundang Estates.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia