Berita Harian

Loob Holding sedia 1,500 peluang kerja baharu

-

Holding Sdn Bhd (Loob Holding), yang memiliki jenama teh, Tealive bakal menawarkan 1,500 peluang pekerjaan baru dalam tempoh dua tahun akan datang, sejajar rancangan pengembang­an agresifnya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Bryan Loo, berkata tawaran peluang pekerjaan itu bagi memenuhi keperluan syarikat yang menyasarka­n membuka 250 cawangan Tealive di Malaysia menjelang separuh pertama 2021.

Loo berkata, secara keseluruha­nnya, pada 2021 syarikat akan mempunyai 500 cawangan Tealive, jenama utama dibawah Loob Holding selain Ko Ko Kai, Gindaco dan Define Food.

Pastikan kelancaran operasi

“Oleh kerana itu, syarikat memerlukan lebih daripada 1,200 tenaga kerja baharu bagi memastikan kelancaran operasi Tealive dengan anggaran lima pekerja untuk setiap cawangan.

“Sejak kami memperkena­lkan jenama teh moden ini di Malaysia, syarikat turut menyasarka­n mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang juga sebahagian objektif kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Loo berkata, syarikat juga bekerjasam­a dengan Universiti Teknologi Mara (UITM) untuk menempatka­n Bryan Loo graduan UITM di cawangan Tealive bagi merasai sendiri pengalaman dalam pengurusan kedai.

“Sempena ini, Tealive juga menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Petronas membuka 300 kedai Tealive di Kedai Mesra Petronas dalam tempoh tiga tahun.

“Syarikat juga menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Kolej Komuniti Arau di Perlis untuk menyediaka­n program perantis bagi pelajarnya yang berdaftar dalam program pensijilan pemprosesa­n makanan dan kawalan kualiti,” katanya.

Loo berkata, kumpulan pertama pelajar itu ditempatka­n di cawangan Tealive terpilih, manakala kumpulan seterusnya 60 pelajar akan menyusul pada Disember 2019.

Katanya, pihaknya percaya bidang keusahawan­an antara nilai teras diterapkan di dalam Loob sebagai sebuah organisasi.

“Kami sedaya upaya memupuk serta melahirkan lebih banyak usahawan F&B. Selepas mereka berjaya mempelajar­i dan menguasai kemahiran di Loob, kami yakin usahawan muda dan berbakat ini akan dapat mencapai impian mereka dengan jayanya untuk memiliki perniagaan F&B pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia