Berita Harian

FBM KLCI merosot 1.90 mata

Pasaran tertumpu kepada keputusan rundingan perdaganga­n AS, China

-

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pulih dari kerugian awal untuk ditutup di bawah paras psikologi 1,600 dengan menggantun­gkan harapan kepada rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) - China selepas Presiden Donald Trump mengumumka­n bahawa beliau akan bertemu Presiden Xi Jinping di Sidang Kemuncak G20, Jun depan.

Pada jam 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut sebanyak 1.90 mata kepada 1,599.19, yang paling lemah sejak September 2015 selepas dibuka 20.24 mata lebih rendah pada 1,580.85.

Indeks penanda aras bergerak serendah 1,572.03 sehingga kepada setinggi 1,603.72 pada waktu siang.

Kaunter rugi melebihi kaunter untung sebanyak 488-386 dengan 381 kaunter tidak berubah, 654

tidak didagangka­n dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.82 bilion saham yang bernilai RM2.46 bilion daripada 2.48 bilion saham bernilai RM1.65 bilion, kelmarin.

Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata Trump meramalkan bahawa rundingan perdaganga­n hanya akan berjaya jika kebimbanga­n ke atas perang perdaganga­n untuk mencapai peringkat baharu mengendur, selepas China mengenakan tarif ke atas A$60 bilion eksport AS sebagai respons kepada langkah Trump mengenakan satu lagi tarif ke atas AS$200 bilion barangan dari China.

Berikutan pemulihan dalam pasaran tempatan, Pong memberitah­u pasaran dilihat akan berada pada trend yang positif untuk beberapa bulan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sesetengah pelabur institusi mungkin telah masuk dan menyokong pasaran.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada kenaikan ini akan dapat dikekalkan memandangk­an AS sedang menimbang untuk menaik s barangan berteknolo­gi tinggi China bernilai AS$300 bilion,” katanya sambil menambah bahawa tahap sokongan semasa berada pada 1,596 mata.

Katanya, pelabur akan memantau tindakan balas oleh China pada masa hadapan, sama ada ia akan membabitka­n langkah-langkah bukan tarif seperti penurunan nilai mata wang, menjual pegangan bon-bon Perbendaha­raan AS dan memperkena­lkan langkah atau peraturan yang akan menghalang perdaganga­n antarabang­sa antara kedua-dua negara.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank jatuh dua sen kepada RM8.96, manakala Public Bank meningkat 14 sen kepada RM22.46, Tenaga naik enam sen kepada RM11.80 dan CIMB menokok empat sen kepada RM5.16.

Bagi saham yang aktif didagangka­n, Bumi Armada dan Im

adalah tidak berubah, masing-masing kekal 19 sen dan empat sen.

Ekovest naik 1.5 sen kepada 85.5 sen dan Lambo adalah satu sen lebih tinggi kepada lapan sen.

Indeks FBM Emas menurun sebanyak 15.81 mata kepada 11,258.73, FBMT 100 susut 18.84 mata kepada 11,096.71 dan FBM 70 hilang 46.42 mata kepada 13,816.45.

Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 32.20 mata kepada 11,376.90 dan Indeks FBM Ace turun 23.45 mata kepada 4,395.15.

Secara pensektora­n, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 21.47 mata kepada 16,538.20, In

Perladanga­n jatuh 101.12 mata kepada 6,913.29 dan Indeks Perkhidmat­an serta Produk Perindustr­ian adalah 0.86 mata lebih rendah kepada 163.91.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah 1.81 bilion saham bernilai RM2.30 bilion daripada 1.56 bilion saham bernilai RM1.57 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah waran naik kepada 390.11 juta unit bernilai RM97.75 juta daripada 181.85 juta unit bernilai RM22.63 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n kepada 618.18 juta saham bernilai RM61.04 juta daripada 740 juta saham bernilai RM57.29 juta sebelumnya.

Produk pengguna dan perkhidmat­an menyumbang sebanyak 305.44 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (198.12 juta), pembinaan (358.35 juta), teknologi (116.38 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (63.20 juta), hartanah (180.34 juta), perladanga­n (36.45 juta), REIT (10.45 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (399.52 juta), kesihatan (39.77 juta), telekomuni­kasi dan media (47.95 juta), pengangkut­an dan logistik (20.46 juta) serta utiliti (33.79 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia