Berita Harian

Keluarga mohon henti sebar berita palsu

Adik sahkan belum dapat maklumat berkaitan kehilangan kakak

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Keluarga ketua jururawat Hospital Serdang yang hilang sejak seminggu lalu, meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu kononnya Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, sudah ditemui.

Adiknya, Siti Khairani Mohd Kamarudin, 36, berkata masih ramai menghubung­inya bertanyaka­n sama ada benar kakaknya itu sudah ditemui.

Beliau berkata, sehingga kini ahli keluarga masih belum mendapat sebarang maklumat berkaitan kehilangan kakaknya itu.

“Setakat ini, tiada orang awam yang menghubung­i saya memberi maklumat di mana kakak saya berada, cuma ada beberapa individu menghubung­i bertanya sama ada

betul ke kakak sudah ditemui seperti yang disebarkan di media sosial.

“Saya harap mereka yang tidak bertanggun­gjawab hentikan sebar maklumat palsu mengenai perkara ini, kakak saya masih belum ditemui.

“Jika ada nampak dia di manamana, boleh hubungi saya di talian 012-2587764,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Masih buat carian

Siti Khairani berkata, ahli keluargany­a masih membuat carian di beberapa lokasi yang dikatakan mungkin dikunjungi oleh kakaknya.

“Antara tempat yang kami cari ialah di Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya dan Serdang. Selain itu, kami berulang-alik ke Kuala Pilah dan melihat kawasan di sekitarnya,” katanya.

Siti Kharina sudah lima tahun Adik bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan daripada suami serta tiga anak perempuann­ya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun.

Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dilihat kali terakhir di parkir hospital

Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahka­n Siti Kharina yang dilaporkan hilang, dilihat kali terakhir di kawasan parkir hospital itu pada Rabu minggu lalu.

Beliau dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubung­i ahli keluargany­a untuk bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor diri bertugas di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia