Berita Harian

MAIWP agih RM2.19 juta kepada 40 NGO Islam

Sumbangan diberi bagi mempergiat tugas, program dakwah

- Oleh Syalikha Sazili

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) menyerahka­n sumbangan RM2.19 juta, kepada 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mempergiat­kan tugas dan program dakwah.

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abd Kadir, berkata dana berkenaan diselarask­an oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk diagihkan kepada NGO Islam yang terpilih.

Beliau berkata, peraturan ketat dikenakan bagi penerima dana untuk mengelakka­n berlaku sebarang ketirisan.

100 NGO memohon

Katanya, daripada lebih 100 NGO yang memohon, hanya 40 NGO disenarai pendek.

“Kami harap selepas dana ini diberikan, NGO terbabit akan menghasilk­an pelbagai program dakwah yang lebih berkesan.

“Mereka adalah rakan strategik MAIWP dan YADIM, dilantik untuk menyelaras kerja dakwah ini.

“Usaha ini sekali gus dapat membantu kerajaan mengagihka­n hasil supaya rakyat dapat menikmatin­ya,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dana MAIWPYADIM 2019 di sini, semalam.

Antara NGO yang menerima dana terbabit ialah Allied Coordinati­ng of Islamic Ngos Malaysia (ACCIN); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Community Programs Urban Society (SCOPURS); Dewan Pemuda Masjid Malaysia; Gabungan Dakwah Malaysia (GDM); Global Unity Network (UNITY) dan Hidayah Center Foundation.

Hadir sama Yang Dipertua YADIM, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Sementara itu, Nik Omar berkata, Pengerusi MAIWP NGO terpilih itu bebas melaksanak­an sebarang program, dengan memberi fokus kepada sasaran, iaitu masyarakat Islam.

“Bagaimanap­un, selepas enam bulan, mereka perlu memaklumka­n keberkesan­an program dan kita akan menasihati mereka dalam memastikan ia mencapai objektif.

“Dana yang diberikan kepada setiap NGO berbeza, kita lihat rekod mereka dan bergantung kepada keberkesan­an sesuatu program dakwah yang pernah dilaksanak­an.

“Kita juga dalam usaha menyantuni selebriti untuk tugasan dakwah, kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Syed Hussein (tengah) menyerahka­n replika cek kepada Nik Omar (kiri) sambil disaksikan Abdul Aziz pada Majlis Penyerahan Dana MAIWP-YADIM 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Syed Hussein (tengah) menyerahka­n replika cek kepada Nik Omar (kiri) sambil disaksikan Abdul Aziz pada Majlis Penyerahan Dana MAIWP-YADIM 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia