Berita Harian

Nasib 6 beradik hilang ibu dalam nahas terus dibantu

Ibu saudara bersyukur keprihatin­an pelbagai pihak

- Oleh Mohd Amin Jalil

Nasib enam beradik yang kehilangan ibu, Nor Amira Sahran, 33, selepas meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lubuk China, pada 25 April lalu, terus mendapat simpati orang ramai.

Enam beradik itu ialah Muhammd Aiman Syazwan Abdullah, 12, Nor Aina Syazwani Mohd Fauzi, 10, Nor Aina Syazlina, 9, Nor Aina Syazlien, 7, Nor Aina Syazlieyan­a, 5, dan Muhammad Aiman Syazriezal berusia 18 bulan.

Mereka ketika ini menumpang kasih di rumah ibu saudara Norazila Sahran, 38, dibantu datuk saudara, Sajirin Kassim, 58, di Kampung Legong Ulu, Kota, dekat sini.

Pelbagai pihak tampil menghulurk­an sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan harian sebagai tanda simpati dan tanggungja­wab terhadap golongan yang memerlukan.

Norazila berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur di atas keprihatin­an pelbagai pihak terhadap kepentinga­n dan masa depan kanak-kanak terbabit menerusi pelbagai bantuan yang disampaika­n.

“Saya bersyukur kerana tak menyangka begitu banyak pihak dan orang ramai, termasuk kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurk­an bantuan untuk anak saudara saya ini.

“Sesungguhn­ya segala bantuan itu amat bermakna buat kami ketika kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang dan keperluan untuk membesar.

Hargai sumbangan

“Saya amat menghargai sumbangan dan bantuan yang nyata meringanka­n beban kami selain dapat memastikan keperluan pendidikan serta masa depan mereka terjamin,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaia­n faedah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di rumahnya di sini, semalam.

Sumbangan bagi faedah pengurusan jenazah disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J Arul Kumar dan yang turut hadir Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, M Nallusamy.

Sementara itu, Sajirin berkata, pihaknya sudah merancang untuk menubuhkan jawatankua­sa dalam kalangan ahli keluargany­a dalam memastikan sumbangan orang ramai untuk kanak-kanak berkenaan dapat diuruskan dengan baik dan selamat.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Arul (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek bantuan kepada Norazila di Kampung Legong Ulu Kota, Rembau. Yang turut sama Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Nallusamy.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Arul (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek bantuan kepada Norazila di Kampung Legong Ulu Kota, Rembau. Yang turut sama Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Nallusamy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia