Berita Harian

Sasaran kritikan

Kemampuan vokal dipertikai, Hael Husaini akur harapan tinggi peminat

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

memuaskan ketika muncul dalam sebuah acara hiburan, baru-baru ini.

“Saya akui, ramai yang mempertika­i kualiti vokal saya sejak kebelakang­an ini. Saya terima jika ada yang menyatakan, prestasi nyanyian saya agak merosot.

“Namun, apa yang berlaku adalah di luar kawalan. Sejak sebulan lalu, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan. Jadual kerja yang padat, selain kurang rehat membuatkan kesihatan saya terjejas.

“Banyak perancanga­n yang tergendala apabila saya sakit, namun saya perlu profesiona­l. Saya tetap teruskan juga persembaha­n yang sudah dipersetuj­ui kerana enggan menghampak­an harapan ramai.

“Saya tahu ia mengundang risiko, terutama apabila mengalami masalah suara. Mungkin tidak semua menerima alasan saya, namun saya sudah berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.

Sukar bercakap

Hael berkata, dia berdepan saat menguji apabila doktor memaklumka­n, masalah kesihatan yang dialaminya turut memberi kesan kepada pita suaranya.

“Ketika itu, untuk bercakap juga sukar. Untuk tidak memudaratk­an diri, doktor tidak membenarka­n saya menyanyi selama dua minggu.

“Bayangkan perasaan saya apabila mendapat tahu perkara itu. Suara adalah instrumen yang menjadi antara punca utama pendapatan saya.

“Sebelum ini, saya bekerja terlalu kuat hingga tiada masa untuk diri. Apabila sakit, Tuhan sebenarnya memberi peringatan supaya saya tidak mengabaika­n diri,” katanya.

Justeru, Hael memanfaatk­an kedatangan Ramadan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Alhamdulil­lah, keadaan kesihatan saya sudah semakin baik. Sepanjang Ramadan ini, saya banyak berehat untuk memastikan suara saya kembali pulih,” katanya.

Meskipun sering menjadi sasaran kritikan peminat, Hael berkata, dia sentiasa positif dan menerimany­a sebagai cabaran memperbaik­i kekurangan diri.

“Saya tahu di luar sana, ramai yang menilai dan sentiasa mencaricar­i kelemahan orang lain. Namun, mereka harus sedar, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Saya juga perlukan masa dan ruang untuk terus mengasah kemampuan. Semua itu saya lakukan demi komitmen terhadap kerjaya yang saya minati,” katanya.

Rakam lagu Aladdin

Hael yang ditemui pada sesi pradengar lagu runut bunyi filem

berkata dia berbangga diberi peluang menyanyika­n lagu asal, itu dalam versi Melayu.

“Saya sangat berbesar hati diberi peluang menjadi sebahagian daripada Apatah lagi, saya membesar dengan kisah legenda ini.

“Sama seperti penyanyi lain, saya juga perlu melalui proses uji bakat. Sudah pasti saya berusaha memberikan yang terbaik.

“Alhamdulil­lah, saya terpilih dan pengalaman ini sangat menyeronok­kan. Saya membawakan lagu itu dengan cara tersendiri dan berharap ia diterima ramai,” katanya.

Hasilkan lagu raya

Dalam perkembang­an lain, Hael berkata, dia baru muncul dengan lagu raya, yang dihasilkan bersama Ezra Kong.

“Lagu ini berkisar kebahagiaa­n menyambut hari raya bersama keluarga. Biar apa juga rintangan yang dihadapi, tiada perkara lain yang lebih menggembir­akan kecuali bersama keluarga pada hari mulia.

“Saya percaya ia dapat menarik perhatian peminat sekiranya mendapat sokongan semua pihak, termasuk stesen radio,” katanya yang bakal melancarka­n video muzik lagu itu pada 24 Mei ini.

dengan lagu raya, Bersyukur Seadanya yang dihasilkan bersama Ezra Kong. Selain menemui peminat di platform digital, Hael turut memperkena­lkan muzik video Bersyukur Seadanya yang akan dilancarka­n pada 24 Mei ini.

Turut menjalin kerjasama dengan penyanyi legenda dalam satu projek khas yang akan dimaklumka­n, tidak lama lagi.

 ?? [ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH ] ?? din, Dunia Baru, AladA Whole New World Aladdin. Bersyukur Seadanya Hael lalui detik getir apabila mengalami masalah gangguan pita suara.
[ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH ] din, Dunia Baru, AladA Whole New World Aladdin. Bersyukur Seadanya Hael lalui detik getir apabila mengalami masalah gangguan pita suara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia