Berita Harian

Tolak gimik untuk popular

Biarpun terpaksa menantilam­a,muna Shahirah tak kisah bertatih perkenal bakat

- Oleh Hanisah Selamat

Dikurniaka­n pakej sempurna - cantik, bijak dan bervokal mantap, namun langkah penyanyi, Muna Shahirah agak perlahan berbanding teman seperjuang­an lain.

Berkat kesabaran dan populariti lagu baharu, nama gadis langsing itu semakin disebut-sebut khalayak.

Tanpa bersandar gimik untuk popular, pemilik nama sebenar, Muna Shahirah Munadi, 25, percaya rezeki akan tetap terbentang asalkan disertai usaha dan doa.

“Saya pernah melalui cabaran lebih besar sebelum bernaung di bawah pengurusan FMC Music. Jadi, saya tiada masalah untuk merangkak semula.

“Dua tahun saya menanti untuk dikenali, namun ia tidak terasa. Alhamdulil­lah, berkat doa keluarga dan sokongan label, lagu saya semakin kerap diputarkan stesen radio. Saya lebih selesa bersaing secara sihat,” kata bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim 11 itu.

Enam bulan menganggur

Muna mengambil keputusan untuk menyepi seketika bagi menyambung pengajian yang tertangguh sebaik selesai perjuangan di AF11.

ini pernah mendapat perhatian apabila menyanyika­n lagu saduran, Hasbi Rabbi Jalallah, dua tahun lalu. Pernah menangguhk­an pengajian setahun kerana menyertai Akademi Fantasia 11, tetapi tersingkir pada minggu keempat.

Sebaik tamat pengajian, hatinya berbolakba­lik sama ada meneruskan bidang nyanyian atau beralih kerjaya yang bersesuaia­n dengan kelulusann­ya.

Namun, perasaan sayang, ditambah dorongan ibu bapa memulihkan semangat anak jati Mersing, Johor itu untuk kembali berjuang.

“Saya dalam dilema sebaik menamatkan pengajian. Minat menyanyi masih subur, tetapi tiada pula undangan pentas. Hampir enam bulan saya menganggur.

“Pelbagai perasaan muncul. Sedih dan kecewa bercampur-baur kerana sebagai anak sulung, saya ingin mencari pendapatan untuk menyara keluarga,” kata lulusan Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bertahan untuk berjaya

Kerisauan Muna terjawab apabila dia dilamar FMC Music. Diikat selama lima tahun, Muna berkata, kejayaan penyanyi seangkatan yang bernaung di bawah label sama memberi inspirasi untuk dia melakar kejayaan serupa.

“Saya melihat sendiri perjalanan mereka dan cabaran yang dilalui. Jika mereka kuat, kenapa tidak saya? Dari situ, saya bangkit mengatur langkah.

“Setiap kali bangun pagi, saya berdoa dikuatkan semangat supaya tidak lagi cepat goyah,” katanya.

Bercerita pengorbana­n terpaksa berjauhan dengan keluarga, air mata Muna hampir tumpah. Katanya, sejak muncul dengan pertama, ibu menjadi peneman setia dan terpaksa meninggalk­an ayahnya di Mersing.

“Ibu tidak kisah berulang-alik menemani untuk memastikan keselamata­n saya. Biarlah jika ada yang menganggap saya anak manja kerana masih duduk bawah ketiak emak.

“Saya tidak kisah, sebaliknya selesa ditemani ibu memandangk­an kami jarang berpisah, kecuali ketika saya menuntut di universiti dahulu,” katanya.

Sedia kelengkapa­n keluarga

Bercerita mengenai Ramadan dan sambutan 1 Syawal yang bakal menjelang, Muna berkata, dia bersyukur kerana buat julung kali berpeluang menyediaka­n kelengkapa­n untuk seisi keluarga.

“Ramadan tahun ini, tawaran kerja lebih banyak dan meriah. Semua itu berkat kerja keras label yang tidak berhenti mempromosi­kan lagu.

pertama, mencecah 2.5 juta tontonan di Youtube, manakala

yang dilancarka­n tahun ini mendapat permintaan tinggi di radio.

“Dengan hasil pendapatan nyanyian, dapat saya membeli baju raya untuk keluarga dan persiapan lain. Alhamdulil­lah, laluan saya dipermudah­kan,” katanya yang tampil dengan lagu raya, Menanti Aidilfitri bersama Wany Hasrita dan Darling.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] ?? Muna Shahirah Teguh Setia, “Single Setia Takdir Cinta single Teguh
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] Muna Shahirah Teguh Setia, “Single Setia Takdir Cinta single Teguh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia