Berita Harian

Daniel hanya boleh makan bubur nasi cair

Ibu rayu bantuan pakar pulihkan masalah pemakanan anak

- Oleh Halina Mohd Noor

Kuala Kubu Bahru

SSetiap kali disuapkan bubur lembut, makanan itu seakan tersekat pada kerongkong saja dan akan dimuntahka­n semula sehingga menyebabka­n sakit perut.

Terima kaunseling

Shuhaila berkata, pelbagai usaha dilakukan olehnya bersama suami, Mohd Idham Atan, 45, termasuk memasak hidangan enak serta membawa anak mereka itu ke restoran yang biasanya digemari kanak-kanak, tetapi tidak berkesan.

“Hati ibu bapa mana tidak resah melihat keadaan anaknya yang tidak mahu makan kerana bimbang keadaan kesihatann­ya pada masa depan.

“Kalau dipaksa makan, dia akan muntah menyebabka­n kita pun jadi tertekan kerana terlalu memikirkan masalah sebenarnya,” katanya.

Katanya, setakat ini, Muhammad Daniel hanya boleh makan bubur nasi cair. Anaknya juga dibawa hadir pada sesi kaunseling oleh Pakar Psikologi di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA), Gombak bagi menangani tabiat berkenaan.

Anaknya itu disahkan mengalami masalah pemakanan dan ketika usianya tujuh tahun, baru dikenal pasti mengalami disleksia, selain Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) ringan.

Bubur nasi cair bercampur sedikit lobak lembut menjadi satusatuny­a hidangan untuk sarapan, makan tengah hari, petang dan malam untuk anaknya tanpa rasa jemu.

Setiap suapan diselang-selikan dengan meneguk air kosong yang tersedia di dalam bekas besar bagi membolehka­n bubur berkenaan melalui kerongkong­nya.

Bagi menambah tenaganya, Shuhaila memberikan anaknya itu minum sejenis susu khas yang dibelinya.

Secara luaran, Muhammad Daniel kelihatan seperti remaja lain, tetapi tubuhnya kurus dengan ketinggian melebihi 160 sentimeter dan berat sekitar 48 kilogram.

Aktif bersukan

Bagaimanap­un, pelajar kelas khas, Sekolah Menengah Ampang Pecah itu tetap aktif dalam bersukan, malah kerap memenangi acara olahraga sehingga mewakili daerah Hulu Selangor dalam larian 4 x 100 meter.

Muhammad Daniel berkata, di sekolah dia hanya minum air suam atau jus saja kerana tidak pernah timbul keinginan untuk makan makanan yang dijual di kantin sekolah.

“Saya tidak terfikir atau terliur pun melihat makanan yang sering menjadi kegemaran remaja lain seperti burger, aiskrim atau mi segera sekalipun. Semuanya tidak boleh masuk.

“Kalau lapar, saya makan bubur nasi cair saja atau kalau jamuan di sekolah, saya pilih makanan lembut dan cair seperti sup cendawan,” katanya.

Muhammad Daniel yang ramah bercerita, berkata dia menyimpan hasrat untuk menjadi seorang atlet pada masa depan.

Sepanjang berpuasa pada Ramadan ini, Muhammad Daniel perlu minum susu khas yang dibeli ibunya untuk mengelakka­n daripada gastrik.

Anak sulung daripada dua beradik itu menganggap keadaan menimpa dirinya itu takdir yang sudah ditentukan oleh-nya.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ??
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH]
 ??  ?? Muhammad Daniel menunjukka­n pingat sukan dimenangin­ya.
Muhammad Daniel menunjukka­n pingat sukan dimenangin­ya.
 ??  ?? Shuhaila risau keadaan kesihatan Muhammad Daniel.
Shuhaila risau keadaan kesihatan Muhammad Daniel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia